Apa salahnya letak gambar aku bebanyak dalam blog aku ni kan, dah namanya pun blog aku, mestilah banyak gambar aku! dan pada sesiapa yang meluat nak tengok gambar aku, tak payahlah tengok yer...
Aku tepek gambar aku bebanyak pun untuk tatapan keluarga aku, bukan untuk sesiapa yang tak suka nak tengok! so faham2 je lah...

Bukan main lagi ye mak orang ni berposing!


Aku bersama anak koretku Rhea Alicia...


Rhea ni kalau suruh senyum! jadi macam tu lah muka dia!


Serupa tak? Oh tidak sama sekali!
Anak ku ini ternyata berkulit putih gebu tetapi mummynya terhangus sikit tapi taklah sampai rentung yer...


Hahaha... tapi kalau ni memang hangus tapi masih belum rentung ok, kiranya kalau dalam gambar pun masih nampak teranglah... taklah nampak kelabu!
Untuk suamiku, jangan marah ok, hangus2 pun aku tetap "ngai lap biu" (bak kata kakak aku, kak Senah).




Kawanku Emma dan familynya akan berpindah balik ke Houston, Texas, USA lagi 2 minggu so today aku mengadakan farewell party untuk dia dan familynya kat umah aku memandangkan aku akan balik bercuti ke Mesia lagi 4 hari so time dia nak berangkat nanti aku takde, jadinya aku mengambil kesempatan sementara aku berada di Denmark ni untuk berjumpa dengan Emma dan mengucapkan selamat tinggal pada Emma n family.


Emma, Faisal (suami) dan Zahirah (anaknya)


Aby, Aku, Faisal n family.


Isrin & Faisal with their families

Haizan's family with Faisal's family.


Fauzi n family with Faisal n family.


Kama n family with Faisal n family.


Dayang, Jah n kids with Faisal n family.


Sebahagian daripada geng yang datang pada party hari ini.

Dan anakku Rhea yang kepenatan dan lena diulik mimpi walaupun suasana riuh rendah dengan hilai ketawa mak2 orang yang kalau dah berborak tak ingat dunia terutamanya Aya, cerita dan lawaknya membuatkan orang ketawa hingga keluarkan air mata...


Tapi Rhea ni memang macam ni, kalau dia dah nak tido dan walau apa pun yang akan terjadi dia tetap akan tido jugak, dia tak pedulikkk!!!



Satu yang aku suka duduk kat Denmark ni ialah time snow turun! setiap kali snow turun pastinya akulah orang yang sangat gembira! walaupun kali ni snow turun tak berapa lebat tapi aku tetap suka melihatnya! memang cantik! putih je pemandangan! rasa sejuk mata memandang walaupun pada hakikatnya memang sejuk pun!!!
Ciptaan Tuhan dialam maya ini yang sangat2 aku kagumi.

Bahan-bahannya:

Telur burung (rebus)

1 cawan kacang tanah (yang telah digoreng dan dibuang kulitnya)

2 batang serai *

1 inci halia *

1 inci lengkuas *

20 tangkai cili kering *

10 biji bawang merah *

2 biji bawang putih *

Sedikit belacan *

3 s/b gula atau lebih

2 s/b gula merah

1/2 cawan air asam jawa

Garam dan perasa

Sedikit minyak

Cara-caranya:

Tumbuk atau kisar kacang tanah tapi jangan terlalu halus. Kisar bahan yang bertanda * Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar hingga garing, masukkan air asam jawa, gaul sebati, masukkan pula kacang, gula, gula merah, garam dan perasa, biarkan mendidih dan kuah pekat, masukkan telur burung dan gaul sebati, biarkan seketika bolehlah ditutup apinya




BAHAN-BAHANNYA:

  • 4-5 biji telur - direbus dan dikopek kulitnya
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • 3 biji bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 4 s/b rempah kurma
  • Rempah tumis
  • 1 s/t jintan kasar
  • 1 s/t jintan halus
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Sedikit daun kari
  • 3 biji cili hijau - dibelah 4
  • 2 biji tomato - dibelah 4 (optional)
  • 3 biji kentang - dibuang kulit dan dibelah 4
  • Santan secukupnya
  • Garam, perasa dan gula

CARA-CARANYA:

  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, masukkan rempah tumis, jintan kasar, jintan halus, bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kurma, kacau rata, masukkan pula air asam jawa, kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan santan secukupnya dan kentang yang telah dibelah, biarkan sehingga mendidih dan kentang masak, masukkan pula cili hijau, telur yang telah direbus terlebih dahulu, garam dan perasa dan sedikit gula, kacau sebati dan akhir sekali masukkan tomato, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin