Hari ni aku ke Central untuk beli barang dapur kerana esok aku nak adakan farewell party untuk kawanku Emma dan familynya yang akan berpindah balik ke Houston, so aku adakan party tu kat umah aku kerana Emma tu kawan aku juga so apa salahnya buat dekat rumah aku.
Lepas habis beli barang kat Central aku terus ke Stroget, biasalah kalau dah kesana mesti singgah Hard Rock Cafe, aku memang tak boleh lalu situ, tak tahu kenapa? asal lalu situ kaki ni gatal je nak masuk dalam kedainya! dan lepas tu aku terus kekedai-kedai yang berdekatan untuk menunaikan hajat dihati!
Dan bila dah kepenatan membeli belah sememangnya terfikir nanti bila sampai umah kena masak pulak untuk makan malam, tapi Aby faham yang isterinya ni kepenatan so dia kata tak payah masaklah... beli je MCD, so dengan gumbiranya aku mengiyakan pendapat Aby, dan Aby pun tapaulah MCD untuk kitaorang sekeluarga, tapi laki aku pilih yang HALAL ye!!!


Takdelah banyak sangat aku shoppingkan tapi dapatlah seorang sikit buah tangan dari aku pada keluarga aku kat Mesia tu! hari ni shopping bukan untuk diri aku tapi untuk keluarga kat Mesia sebagai buah tangan.
Heee...tak sabonya oi! lagi 5 hari!!!
SERONOKNYER.....


Ahhh...penatnya! bila dan baring macam ni barulah terasa penat! sengal rasa segala tulang sendi lebih2 lagi hari ni cuacanya punyalah sejukzzz...
Ahhh...bestnya dapat baring!


Gambar2 ni adalah kerja Aby! ada ke dia ketawakan aku n cakap "Laa...wonder woman pun tahu penat ke"
Apa dia ingat aku ni perempuan jadi-jadian ke tak tahu penat!
Tapi biasalah aku ni, kalau penat kejap je, nanti kalau ada yang tak sedap mata memandang n ada tugas masih belum dilangsaikan, aku akan buat hingga habis dan barulah aku puas hati dan boleh sambung rest semula.
Tapi yang penting esok aku kena bangun awal untuk prepare makanan dan buat seberapa yang aku termampu buat, insyaallah boleh buat cz benda yang aku memang suka buat aku akan lebih bersemangat untuk membuatnya...hehehe...




Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmati (direndam 10 minit dan toskan)
Rempah tumis (4 beradik)
6 biji bawang merah *
5 biji bawang putih *
2 inci halia *
1/2 biji bawang besar (dicincang)
2 s/b rempah beryani
2 s/b minyak sapi
1/2 cawan susu cair (susu sejat)
4 cawan air
Gajus
Kismis
Bawang goreng
Sedikit garam
Cara-caranya:
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan periuk rice cooker, masukkan minyak sapi hingga cair dan panas, tumis rempah tumis hingga naik bau, masukkan bawang besar, rempah beryani, gaul rata kemudian masukkan bahan kisar, gaul lagi hingga hampir garing, tuangkan air dan biarkan mendidih, masukkan sedikit garam dan beras, biarkan nasi sehingga separuh masak, barulah masukkan susu cair, gajus dan kismis, gaul rata dan tutup periuk nasi, alihkan periuk di rice cooker, masaklah seperti biasa, bila nasi masak, gembur2 kan sedikit nasi supaya tidak berketul-ketul, bolehlah dihidangkan bersama taburan bawang goreng dan lauk pauk beryani. (Resepi ada didalam "dapur anak mak")



Bahan-bahannya:

5 biji cili merah

1 s/b perahan jus limau

Sebesar ibu jari belacan - dibakar Sedikit

Serbuk perasa

Cara-caranya:

Tumbuk cili merah hingga hancur, masukkan belacan yang telah dibakar terlebih dahulu dan tumbuk sehingga belacan sebati dengan cili, letakkan serbuk perasa dan perahan jus limau, gaul rata dan keluarkan daripada batu lesung, masukkan didalam mangkuk dan bolehlah dihidang. Sambal belacan sedap dimakan bersama ulam-ulaman.





Bahan-bahannya:
1/2 biji kobis - dipotong kecil2
2 biji cili hijau - dipotong serong
4 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
Sedikit ikan bilis
Sedikit sooh hoon - direndam dengan air dahulu
Santan secukupnya
Garam dan perasa
Cara-caranya:
Tumbuk bahan yang bertanda * masukkan didalam periuk, masukkan juga ikan bilis, cili hijau dan santan, didihkan diatas api yang sederhana, bila mendidih masukkan kobis yang telah dipotong, garam dan perasa, gaul rata biarkan kobis masak dan akhir sekali masukkan sooh hoon dan gaul seketika, bolehlah ditutup apinya.



Bahan-bahannya:

  • 300 gm kacang tanah (basuh dan dikisar kasar)
  • 100 gm gula pasir
  • 150 gm gula merah
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1 s/t serbuk kunyit
  • 1 s/t serbuk ketumbar
  • 1 s/t serbuk jintan kasar
  • 1 s/t serbuk jintan halus
  • 2 biji buah keras *
  • 2 inci halia *
  • 2 inci lengkuas *
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 biji bawang putih *
  • 5 batang serai *
  • 20 tangkai cili kering *
  • 20g udang kering *
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak

Cara-caranya:

  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Satukan gula merah bersama air asam jawa dan gula, kisar kacang tanah dan campurkan dengan air gula dan air asam tadi dijadikan satu.
  • Panaskan minyak didalam periuk, tumis bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan kasar, serbuk jintan halus dan serbuk kunyit hingga pecah minyak, masukkan bancuhan gula yang telah dicampurkan dengan air asam jawa dan kacang tadi, gaul rata dan biarkan menggelegak, masukkan pula garam dan perasa, gaul lagi dan masak diatas api yang perlahan hingga pecah minyak dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Bolehlah dihidang bersama dengan satay.



Disaat aku berkemas munyusun barang dan mengadap kain yang bertimbun seperti gambar yang kat bawah tu, ewah! ewah! dua beranak ni sedap je melandingkan diri kat atas katil sambil mengadap menda alah tu! sepatutnya bab kemas mengemas ni Aby yang buat cz kalau Aby buat selalunya mesti muat, ni aku yang kemas! daripada cuma satu beg barang buah tangan untuk family kat Mesia tu dah jadi ke dua beg! tu belum beg kain baju!
Ahh... lantaklah! sapa suruh taknak tolong kemas!
Dah kemaruk ngadap menda tu je sampai dah tak boleh nak gerak mana2! Hampehhh! lah daddy budak ni!

Bila tahap kemalasan memuncak, time2 tu lah banyak benda dan banyak kerja nak kena buat!
Dan yang paling azab aku rasakan ialah nak kena buat benda yang bertimbun kat atas tu! Ahhh...tekanan lagiii...
Nak harapkan anak dara aku tu bukannya tak boleh tapi memandangkan mummynya yang cerewet memanjang, taknak suruh dia buat cz kalau dia buat, kerjanya tidak memenuhi citarasa mummynya so kalau dah cerewet macam tu, sapa nak jawab? hah! buatlah sendirikkk!!!
Nak dikatakan macam2 mesin aku ada kat dalam umah ni hinggakan mesin cukur bulu hidung pun aku ada termasuk mesin segala jenis bulu! tapi aku takde mesin lipat kain! dan kenapa tidak terciptanya mesin lipat kain dalam dunia ni! tolonglah sesiapa yang rajin nak cipta mencipta ni, tolonglah cipta mesin lipat kain! sememangnya aku tekanannn... bila tengok gambar kat atas tu!!!


Salah satu beg yang dimuatkan untuk mengisi buah tangan tapi sayangnya beg ni dah sarat dengan barang dan dah tak muat lagi so baki barang yang kat bawah tu terpaksa masukkan lagi satu beg dan nampaknya aku balik Mesia kali ni kena bawa beg yang banyak, tu belum beg baju, ADOH!


Adoh! masa membeli tak beringat, separuh barang dah selamat disusun dalam beg kat atas tu, ni bakinya mana nak sumbat? kenalah ditambah lagi beg untuk barang2 ni, tu belum barang untuk shopping last kopek saturday ni! ahhh...Aby tekanannn kena bawa beg bebanyak!!!


Tadi Aby balik kerja bawa 3 tin butter cookies ni, aku ingatkan bila dah duduk kat Denmark ni dah tak dapat butter cookies ni lagi tapi dapat jugak! cuma taklah sebanyak dapat macam kat Mesia, kalau kat Mesia tu selalunya Aby boleh ambil seberapa banyak yang Aby nak tapi kat sini dapat 3 tin je, sebenarnya Aby cakap Aby dapat lebih daripada 3 tin ni tapi ada staff Aby yang memang tak dapat so Aby kasi je sebagai hadiah n Aby bawa balik 3 tin ni je! Ye lah nak jadi bos yang dedikasi memang kena buat macam tu!
3 tin ni pun dah alhamdulillah pada aku daripada tak dapat langsung.
Kiranya tahun ni pun dapat jugalah family aku merasa butter cookies dari company Aby n butter cookies ni akan aku bawa balik ke Mesia untuk Family kat sana.
Perhhh!!!! hari ni tah angin apa yang melanda... tahap kemalasan aku memuncak dan kiranya dah tahap kritikal lah... serba serbi aku malas nak buat sampaikan masak pun aku malas!
Tapi bila pk kan anak2 nak balik dari skul nanti nak makan apa plak n Aby balik kerja nanti nak pulun apa?
Arraahhh... malasnya! kalau pk kan perut aku sorang senang je! aku sapu roti dengan butter n minum milo, dah kenyanggg!!! ni nak pk banyak perut!
Tapi malas tetap malas! dan nasib koranglah cz mummy hari ni memang malasss...
So today makan sandwich telur n untuk dessert cuma pudding sagu jer...
Lepas makan Aku nak gi Netto cari barang sikit, tapi bila dah sampai sana, tah apa2 yang aku nampak aku main masuk je dalam trolley, tu pun kira malas jugak cz malas nak pk, guna ke tak ke benda tu main ambil jek!



BAHAN-BAHANNYA:

Roti sandwich

Telur Tomato (dipotong nipis)

Timun (dipotong nipis)

Daun salad (dibersihkan)

Cili sos

Mayonis

Lada sulah

Butter untuk disapu pada roti

CARA-CARANYA:

Panaskan minyak dan goreng telur hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Sapukan butter pada setiap keping roti, letakkan sedikit tomato, timun dan daun salad, kemudian letakkan telur, taburkan juga sedikit lada sulah, cili sos dan mayonis, bolehlah dihidang.


Aku sekeluarga mengucapkan "GONG XI FA CAI" kepada kawan2 aku dan Aby yang menyambutnya terutama yang berada di Malaysia dan Singapore.
GONG XI! GONG XI!




BAHAN-BAHANNYA:

6 cawan beras

1 ekor ayam (dibersihkan)

2 inci halia (dititik)

Rempah tumis (4 beradik)

2 helai daun pandan (disimpul)

2 s/b majerin

2 s/b sos ikan

5 biji cili merah

2 s/b jus limau

2 helai daun pandan (disimpul)

1 inci halia

3 biji bawang putih

Garam, perasa dan gula

Sedikit lada sulah

Sedikit serbuk pati ayam

Sedikit bawang goreng

Sedikit cuka

Daun salad, tomato dan timun (ulaman)

CARA-CARANYA:

Ayam dimasukkan didalam periuk, masukkan air secukupnya, letakkan juga daun pandan, garam dan perasa, masak sehingga ayam empuk. Angkat ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian mengikut suka. Ketepikan air rebusan dan simpan untuk masak nasi dan supnya nanti.

UNTUK MEMASAK NASINYA:

Basuh beras dan toskan. Sementara tu panaskan periuk rice cooker diatas dapur, masukkan majerin, bila majerin panas dan cair, masukkan rempah tumis, halia dan daun pandan hingga wangi, kemudian masukkan 6 cawan air rebusan ayam dan beras, alihkan periuk rice cooker dan masaklah seperti biasa. (Sukatan beras sama dengan sukatan air rebusan).

UNTUK SOS:

Kisar cili merah, halia, bawang putih, jus limau, cuka, sos ikan, sedikit garam dan gula.

UNTUK SUP:

Panaskan lebihan air rebusan ayam tadi, letakkan sedikit lada sulah, serbuk pati ayam dan bawang goreng, biarkan mendidih dan bolehlah ditutup apinya, bolehlah dihidang bersama nasi ayam hainan, sos cili, timun, daun salad dan tomato.


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin