Tangan comel ni milik Rhea dan gelang tu adalah hasil usaha daripada Uncle Fauzi.
Alah! kelakolah pulak! selalunya benda2 yang macam ni, orang pompuan yang rajin nak buat, tapi ni Uncle Fauzi yang buatkan untuk Rhea, rajin plak Uncle Fauzi ni nak melayan buat benda2 macam ni!
Agaknya Uncle Fauzi tu teringin nak ada anak kecik kottt!!!!!


See! Rhea comei tak?



Sekarang ni Rhea dah pandai posing tau! cakap je suruh buat aksi apa, dia akan buat!


Tapi jangan tiru aksi ni tau! nanti koyak plak! hehehe!!!


Hah! Siapa berani dekat nanti Rhea "hai'yahhh..."


Aku, Sue dan Mummy









Rhea
Hari ni aku sekeluarga pergi ke birthday party rumah Lynne, kawan aku yang berasal dari s'pore, dia menyambut birthday anaknya yang berumur 1 tahun.
Hah! kek yang beso kat atas tu kek birthday anak dialah...


Semasa tiup lilin! meriah betul tapi maknya yang mengecohkan suasana cz anaknya demam daa...
Cian dak Danish demam... pandang jelah ye Danish kek tu!


Semasa bukak hadiah ni mak Danish yang bukak cz Danish tak larat dah...tak sehat!

Ewah! ewah! ni mak Danish yang suka dapat hadiah ke atau Danish?
Tengok dak Danish perhatikan relaks jer...


Abang Rico memang selalu control macho!
Yang kat sebelah Rico tu anak Puan Aya, namanya Irfan dan rambutnya yang ala2 punk tu adalah kerja kreatif maknya!
Dan yang pakai baju merah dan yang putih melepak tu anak Puan Jah, maknya kawan sepasukan jawa dengan aku, selain Lynne...hehehe...


Lynne dan anaknya Danish yang menyambut birthday hari ni!
Danish! jangan tarik baju tu kuat2 tau! bahaya!


Dah tentunya ada muka aku terpampang kat situ, dah orang jemput, takkan tak datang plak ye! nanti apa plak orang kata! so kenalah selalu2 bercampur dengan orang kalau nak kawan ramai...


Aku bersama En Haizan, suami kepada Puan Aya.
Nampak Haizan ni macam malu2 je! atau takut kot? takut bini hang marah aku gambaq dengan hang!
Alah Ya! aku pinjam laki hang kejap je! bukan apa, nak ambil gambaq je, bukan senang nak bergambaq dengan laki hang tu, orangnya dahlah pemaluuuu....



Hah! sekali dia buat muka handsome!
Sapa nak jawab?


BAHAN-BAHANNYA:

4 cawan beras pulut

4 cawan santan

2 helai daun pandan (disimpul)

Sedikit garam

Aluminium foil secukupnya

serunding secukupnya

CARA-CARANYA:

Basuh beras pulut dan masukkan didalam bekas yang boleh masuk microwave, masukkan juga santan, daun pandan dan sedikit garam, kemudian masukkan didalam microwave, masak selama 15 minit tapi buka bekas setiap 5 minit dan gaul2 kan beras pulut untuk pastikan beras pulut sebati dengan santan, teruskan masak proses yang sama sehingga 3 kali, keluarkan dari microwave dan sejukkan pulut tadi.

Bila pulut dah sejuk, canaikan pulut diatas plastik supaya pulut tidak melekat dan senang hendak menggulung, isikan inti serunding diatas permukaan pulut dan gulungkan menjadi bentuk panjang, kemudian letakkan pulut tadi diatas aluminium foil dan gulungkan (bungkus) , buat proses yang sama sehingga pulut habis, bolehlah dihidangkan.

Untuk inti serunding, resepi ada didalam (dapur anak mak) bahagian 'inti'.




Bahan-bahannya:

400g daging cincang (kisar)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
1 senduk serbuk cili
1 s/t lada hitam (dikisar)
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
Garam, perasa dan gula

Cara-caranya:

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan serbuk cili, gaul sebatikan kemudian masukkan daging cincang, gaul hingga daging masak, masukkan sos tomato, air, lada hitam, garam, perasa, dan gula, gaul lagi hingga sebati dan pekat, bolehlah dimatikan apinya.


BAHAN-BAHANNYA:

4 cawan beras basmati (direndam 20 minit dan toskan)
4 cawan santan
2 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 s/t alba
Sedikit garam

CARA-CARANYA:

Masukkan beras, daun pandan, halia, bawang merah, serai, alba dan sedikit garam kedalam bekas yang muat untuk periuk pengukus, kemudian tuangkan setengah daripada santan (2 cawan) didalam bekas yang telah berisi beras dan bahan2 lain, gaul rata, kukuslah didalam periuk pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu, masak sehingga santan hampir kering dan buka periuk pengukus, tuangkan lagi lebihan santan (2 cawan) didalam nasi tadi, gaul rata dan kukuslah semula, biarkan sehingga nasi masak dan kering, buka penutup pengukus dan gembur-gemburkan nasi perlahan-lahan, angkat keluarkan nasi dari periuk pengukus dan bolehlah dihidangkan. Nasi lemak kukus sedap dimakan bersama sambal udang, telur dadar, ikan bilis goreng, keropok ikan dan timun.


BAHAN-BAHANNYA:

Udang (dibuang kulit dan dibersihkan)

8 biji bawang merah *

3 biji bawang putih *

2 inci halia *

20 tangkai cili kering (direndam dengan air panas dahulu) *

1 s/b udang kering *

Sedikit belacan *

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

4 s/b jus limau purut

Garam, perasa dan gula

Sedikit minyak

CARA-CARANYA:

Kisar bahan yang bertanda *

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan jus limau purut, gaul lagi sehingga sebati dan menggelegak, kemudian masukkan udang, bawang besar, garam, perasa dan gula secukup rasa, gaul rata dan biarkan sehingga udang masak, tapi jangan terlalu lama. Bolehlah ditutup apinya.

Hah! ni gambar terbaru Rhea, khas buat Yanti yang selalu nak tengok gambar Rhea, padahal punyalah banyak gambar Rhea dalam blog ni, tapi masih tak jemu2 nak tengok Rhea n apa yang Rhea buat setiap hari!
Sabo eh Ti! lagi kurang 2 minggu dak Rhea ni sampai ke Mesia, hah! masa tu jangan kau jemu plak nak melayan karenah dak kecik ceriwishss...ni!


Yanti mboon.... Rhea dah pandai cakap tau! nanti Yanti tolong jagakan Rhea eh masa kat Mesia sbb mummy Rhea nak gi buat rambut n gi shopping! hehehe....


Mmmm...



Bahan-bahannya:

1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut)

8 biji bawang merah *

3 biji bawang putih *

2 inci halia *

Rempah tumis (4 beradik)

3 s/b rempah kari daging

1 mangkuk kecil hirisan daging lembu

Sedikit daun kari

Santan secukupnya

2 biji kentang (dipotong dadu)

3 biji terung (dipotong kecil2)

2 batang carrot (dipotong dadu)

6 batang kacang panjang (dipatah-patah)

2 biji cili hijau (dibelah 4 tanpa putus)

Garam, perasa dan gula

Sedikit minyak

Cara-caranya:

Kisar bahan yang bertanda *

Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan rempah tumis dan bahan kisar hingga naik bau, masukkan rempah kari, daun kari dan sedikit air, gaul rata masukkan daging yang telah dihiris, masak sehingga daging empuk kemudian masukkan santan secukupnya, kentang dan carrot yang telah dipotong dadu, biarkan sehingga mendidih, masukkan pula terung, kacang panjang, cili hijau, kacang dhal, garam, perasa dan sedikit gula, gaul sebati biarkan sehingga sayur-sayuran masak dan bolehlah ditutup apinya.




Bahan-bahannya:

2 cawan beras pulut hitam (dibersihkan)

6 cawan santan cair

1 cawan santan pekat (dimasak dengan sedikit garam)

3 s/b gula melaka

1 cawan gula pasir

2 helai daun panda (disimpul)

Air secukupnya

Cara-caranya:

Masak beras pulut hitam bersama dengan air hingga beras pulut hitam kembang dan masak, masukkan santan cair dan daun pandan, biarkan mendidih, masukkan pula gula melaka dan gula pasir, masak hingga gula larut dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya. Diperiuk kecil yang lain, masakkan santan pekat dan sedikit garam hingga pekat. Bubur pulut hitam dihidangkan bersama sedikit curahan santan yang telah dimasak terlebih dahulu.




Bahan-bahannya:
Kacang kuda (dibersihkan)
Air secukupnya
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Cara-caranya:
Masukkan kacang kuda didalam periuk bersama air, sedikit garam dan serbuk kunyit, rebuskan hingga kacang betul2 masak dan lembut, angkat dan toskan airnya.


SUMBER DARI: Kak Hanieliza

Bahan-bahannya:

300 gm tepung beras

300 ml air

10 s/b gula

1 s/b yeast

3 s/t eno (tanpa perasa)

Warna yang disukai

Cara-caranya:

Tepung dibancuh dengan air sedikit-sedikit, masukkan yeast dan gula, kacau sebati.

Bancuhan ini hendaklah disimpan semalaman.

Esoknya, ambil bancuhan yang telah disimpan semalaman, masukkan eno dan pewarna, kacau hingga berbuih, jika hendak warna yang berlainan, seperti gambar diatas, bahagikan kepada 3 bahagian dan setiap 1 warna letak 1 s/t eno.

Sementara itu panaskan kukusan dan biarkan sehingga airnya menggelegak, kemudian susun acuan didalam kukusan dan biarkan seketika, bila acuan panas barulah masukkan adunan kedalam acuan hingga penuh acuan, kukus hingga masak. Bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut putih yang telah dicampur dengan sedikit garam jika mahu.



Bahan-bahannya:

4 keping roti (dipotong kecil2)

1/2 cawan gula

2 s/b air

100 ml air panas

400 ml susu segar (fresh milk)

1/2 cawan tepung gandum

1/2 s/t serbuk vanilla

2 biji telur

3 s/b butter

Secubit garam

Sedikit kismis (untuk hiasan)

Cara-caranya:

Masak gula bersama dengan 2 sudu air didalam periuk kecil hingga perang, bila gula dah perang masukkan air panas, kacau hingga gula larut, tutup apinya, sejukkan dan ketepikan. Ambil mangkuk besar, masukkan tepung gandum, susu segar, telur, serbuk vanilla, secubit garam dan roti, gaul sebatikan semua bahan dan blendkan hingga halus, kemudian masukkan adunan yang diblend tadi didalam periuk dan tenggekkan diatas api yang kecil, masukkan juga gula yang telah dimasak perang tadi dan butter, gaul sehingga adunan pekat dan likat, tutup apinya dan tuangkan adunan didalam loyang pembakar, taburkan pula kismis dan bakar didalam oven pada suhu 180c selama 30 - 40 minit. Potong semasa bingka sudah betul2 sejuk dan bolehlah dihidangkan, sedap juga dimakan bersama susu cair.



BAHAN-BAHANNYA:

  • 3-4 peket lontong (Adabi)
  • 1 ekor ayam - dipotong 4
  • 2 s/b serbuk ketumbar
  • 1 s/b serbuk jintan halus
  • 1 s/b serbuk lada sulah
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 cm lengkuas - dititik
  • Rempah tumis
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 mangkuk kecil tauge - dicelur
  • 5-6 biji telur - direbus
  • 2 tangkai daun sup atau daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

  • Rebuskan lontong hingga keras dan masak, angkat dan toskan airnya.
  • Biarkan lontong betul2 sejuk kemudian dipotong dadu, ketepikan.
  • Tumbuk halus bahan yang bertanda *
  • Rebuskan ayam hingga empuk, angkat ayam tadi dan toskan, simpan lebihan stok ayam untuk dibuat kuah soto.
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, masukkan rempah tumis, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan tumbuk, kacau hingga garing kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan halus dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan stok ayam tadi, tambah air jika perlu.
  • Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan perasa, kacau rata dan bolehlah ditutup apinya.
  • Siat2kan isi ayam hingga habis.
  • Masukkan sedikit lontong kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, tuangkan kuahnya, hidangkan bersama begedil kentang (resepi ada didalam ''Dapur anak mak'' bahagian ''Kentang'') telur rebus, daun sup atau daun bawang, bawang goreng dan sambal kicap.


Hari ni Rico dengan Rica pi jumpa dentist lagi, yang seorang kena polish gigi, yang seorang lagi kena tampal lagi gigi cz budak2 ni mula diserang gigi berlubang, mana taknya, diorang ni suka makan jajan2, nak salahkan diorang pun macam tak patut juga cz mummy n daddy pun selalu manjakan apa yang diorang nak tu selalu dibelikan je tanpa halangan, tapi bukannya apa! mummy n daddynya ni kadang tak sampai hati! dah anak2 mintak, kalau tak dikasi tu rasa macam kesian plak! tapi kalau dikasi, hah! ni lah jadinya!
So dipendekkan cerita, kena selalulah bawa budak2 ni gi jumpa dentist!


Kelakarlah pulak! mana taknya! disebabkan takut terpercik-percik air kat muka dak Rica ni semasa rawatan gigi dia dijalankan, ada ke dr tu kasi Rica pakai cermin mata hitam ni untuk mengelakkan dari terpercik air! tak pro langsung lah dr ni buat kerja! mungkin pada pendapat dr ni "biar tak pro asal bergaya"! hahaha!!!


Rico & Rica

Rico & Rica bergurau senda...Happynya dak berdua ni!


Cantiknya taman ni, sempat juga ambil gambar kat sini kerana tertarik dengan pemandangannya yang indah dan bersih, damai je hati bila melihatnya...


Salah satu pemandangan dekat dalam taman tu.




BAHAN-BAHANNYA:

4 cawan ubi (diparut atau diblendkan)

2 cawan santan

2 biji telur

1 1/2 cawan gula

4 s/b minyak jagung

1/2 cawan jus pandan (daun pandan diblend dan ditapis, ambil jusnya)

Secubit garam

Sedikit pewarna hijau (Emulco)

CARA-CARANYA:

Panaskan oven pada suhu 180c terlebih dahulu.

Didalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan dan kacau sebatikan hingga betul2 sebati, kemudian tuangkan adunan didalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak, bakar didalam oven selama 1 jam atau sehingga masak. Sejukkan barulah dipotong dan dihidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 cawan beras
  • 5 cawan air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

CARA-CARANYA:

  • Basuh beras, masukkan didalam periuk rice cooker, masukkan air dan daun pandan, masaklah seperti biasa.
  • LAUK UNTUK NASI AMBANG:
  • 1. Serunding
  • 2. Telur masin
  • 3. Ayam goreng jintan
  • 4. Sambal goreng jawa
  • 5. Sambal telur ceplok
  • Semua resepi lauk nasi ambang ada didalam (dapur anak mak)
  • Selamat mencuba!




BAHAN-BAHANNYA:

Ayam (dipotong dan dibersihkan)

2 s/t jintan kasar *

1 s/t jintan halus *

2 s/t ketumbar *

2 s/t serbuk kunyit

1 s/t garam

Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA:

Tumbuk kasar bahan yang bertanda *

Gaul ayam yang telah dipotong tadi bersama bahan yang telah ditumbuk kasar, serbuk kunyit dan garam.

Panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan ayam yang telah dicampurkan dengan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam tadi hingga ayam masak dan garing, angkat dan toskan minyaknya.


Bahan-bahannya:

3 ketul hati ayam (digoreng dan dihiris nipis)

2 ketul pedal ayam (digoreng dan dihiris nipis)

2 biji kentang (dipotong nipis dan digoreng)

Tempe (digoreng dan dipotong kecil2)

1 ikat kacang panjang (dipotong serong nipis2)

2 biji cili hijau *

2 biji cili merah *

3 biji bawang merah *

2 biji bawang putih *

4 s/b kicap manis

Sedikit ikan bilis

Sedikit sooh hoon (direndam dan toskan)

Sedikit tauhu kering (direndam dan toskan)

Sedikit minyak

Garam, perasa dan gula

Cara-caranya:

Hiris bahan yang bertanda *

Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan yang telah dihiris hingga layu, masukkan ikan bilis, hati ayam dan pedal ayam yang telah digoreng terlebih dahulu, gaul rata, masukkan kacang panjang yang telah dihiris nipis, gaul lagi sebatikan, kemudian masukkan kicap manis, garam, perasa dan sedikit gula, gaul sekejap, masukkan kentang dan tempe yang telah digoreng terlebih dahulu, akhir sekali masukkan sooh hoon dan tauhu kering, gaul2 dan biarkan seketika, bolehlah ditutup apinya.




BAHAN-BAHANNYA:

6 biji telur ayam

5 biji bawang merah *

3 biji bawang putih *

1 inci halia *

20 tangkai cili kering *

Sedikit belacan *

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

2 s/b air asam jawa

1 cawan air

Garam, perasa dan gula

Sedikit minyak

CARA-CARANYA:

Kisar bahan yang bertanda * Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan yang telah dikisar hingga garing, masukkan air asam jawa dan air, biarkan menggelegak, masukkan pula garam, perasa dan gula, gaul sebatikan dan pecahkan telur sebiji-sebiji diatas sambal tapi ditempat yang berlainan supaya telur tidak bercampur, (semasa hendak pecahkan telur, pastikan sambal sedikit cair). Biarkan sehingga telur mengeras dan balikkan telur perlahan-lahan supaya telur tidak hancur, akhir sekali masukkan bawang besar, gaul sekejap dan tutup apinya.

Hari ni pagi2 lagi Aby dah keluar rumah, tujuannya kerana nak ke Billund, satu tempat yang terpaksa Aby pergi atas urusan kerja yang masih belum diselesaikan... dan tujuan untuk mengamuk jugak! alamak! dengar macam seram jer...
Alah! bukan mengamuk tak pasal2 nanti orang ingat laki aku tu mereng plak! atas urusan kerja jugalah...
Selaku orang yang berkuasa, Aby terpaksa kesana untuk membuat tindakkan keatas kesilapan yang diorang dah lakukan! apa tak marahnya! disebabkan dioranglah cmpny kerugian 2 JUTA! banyak tu!
Tah macam manalah agaknya cara Aby menangani masaalah tu kat sana, tapi Aby pun bukan pergi berseorangan, dia gi dengan beberapa orang2 atasan so taklah nak handle kes ni seorang2.
Tapi aku tahu Aby ni kalau hal2 kerja memang tegas sikit, tengok muka dia pun orang akan tahu yang dia tu tegas orangnya, dulu masa kat Mesia dan sebagai bos pada staff2 nya Aby ni seorang yang baik dengan staff2 nya walaupun tegaslah...aku tengok masa tu semua staff2 nya suka kat Aby, kalau birthday atau apa2 pun yang bersangkutan dengan Aby, staff2 nya mesti berikan sesuatu untuk Aby, hadiah tak payah cakaplah, memang selalu dapat! seronok jugak! kadang tu aku dok lepak jugak kat ofis Aby, lagipun staff Aby pun memang dah kenal aku ni kalau dok menyebuk kat situ.
Tapi sebagai suami dan daddy, Aby ni memanglah baik orangnya, dia berdisplin dan teliti, tak macam aku ni, ganazzz semacam! tapi aku serasi bersama...
Seganazzz aku pun, sebagai isteri aku tetap menghormati Aby sebagai ketua keluarga dan dah tentu2 nyalah aku berbangga diatas pencapaian dan sandangan yang Aby capai sekarang ni.
Alhamdulillah...semuanya dengan izin ALLAH, aku bersyukur kerana diberikan kehidupan yang sebegini.

Hari ni Aby gi, balik hari je! selalunya kalau Aby kena berurusan diluar ofis, Aby akan pergi jauh untuk beberapa hari dan aku ni memang selalulah kena tinggal, tapi hari ni balik hari cz perjalanan ketempat tu cuma mengambil masa 3 jam, so malam Aby sampailah rumah, takpelah daripada tak balik lebih baik balik walaupun dah malam dan aku pun kenalah menjalankan tugas jugak, salah satunya kenalah memasakkk!!!
Mmmm....
Buat suamiku, semoga dilindungi selalu dan selamat sampai kerumah malam nanti.


BAHAN-BAHANNYA:

2 helai daun pandan (disimpul)

1 cawan gula

3/4 cawan tepung cha-cha (warna-warni)

1/4 biji sagu

2 biji keledek (dikupas kulitnya dan dipotong dadu)

2 biji pisang (dibuang kulit dan dipotong dadu)

2 cawan santan pekat

Air secukupnya

Secubit garam

CARA-CARANYA:

Rebuskan tepung cha-cha hingga lembut, buangkan airnya dan toskan.

Didalam periuk yang lain, masukkan santan pekat, air secukupnya, gula, garam dan daun pandan, renehkan diatas dapur dengan api yang sederhana sehingga mendidih sedikit, masukkan keledek dan biji sagu, biarkan sehingga keledek masak, masukkan pula pisang dan cha-cha yang telah dimasak terlebih dahulu, gaul sebatikan, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya. Bubur cha-cha sedap dimakan semasa panas atau pun sejuk.





BAHAN-BAHANNYA:
  • Roti sandwich secukupnya
  • Sedikit butter (untuk disapukan pada setiap roti)
  • 1 mangkuk daging cincang (lembu atau kambing)
  • 1 inci halia *
  • 3 biji bawang putih *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang besar (dicincang)
  • 3 s/b rempah kari daging
  • 1 s/b serbuk cili
  • 1 s/t jintan kasar
  • Rempah tumis (4 beradik)
  • Sedikit daun kari
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda * dan campurkan kedalam daging cincang, masukkan juga rempah kari, serbuk cili sedikit garam, letak sedikit air dan gaul sebatikan kesemua bahan, tenggekkan diatas api yang sederhana sehingga daging masak dan airnya kering. Dikuali yang lain, panaskan sedikit minyak, tumis rempah tumis, jintan kasar, daun kari dan bawang besar yang telah dicincang hingga naik bau, kemudian masukkan daging yang telah dimasak terlebih dahulu, gaul rata, masukkan serbuk perasa dan kacau sebati, biarkan sehingga kering, bolehlah ditutup apinya. Sedap dimakan bersama roti potong, roti canai dan macam2 jenis roti. Untuk membuat sandwich, sapukan sedikit butter pada permukaan roti, letakkan daging cincang varuval diatas roti yang telah disapu dengan butter tadi dan tutupkan daging dengan roti, bolehlah dipotong dan dihidangkan.




Bahan-bahannya:

1 mangkuk daging cincang (lembu atau kambing)
1 inci halia *
3 biji bawang putih *
5 biji bawang merah *
2 biji bawang besar (dicincang)
3 s/b rempah kari daging
1 s/b serbuk cili
1 s/t jintan kasar
Rempah tumis (4 beradik)
Sedikit daun kari
Garam dan perasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:

Kisar bahan yang bertanda * dan campurkan kedalam daging cincang, masukkan juga rempah kari, serbuk cili sedikit garam, letak sedikit air dan gaul sebatikan kesemua bahan, tenggekkan diatas api yang sederhana sehingga daging masak dan airnya kering. Dikuali yang lain, panaskan sedikit minyak, tumis rempah tumis, jintan kasar, daun kari dan bawang besar yang telah dicincang hingga naik bau, kemudian masukkan daging yang telah dimasak terlebih dahulu, gaul rata, masukkan serbuk perasa dan kacau sebati, biarkan sehingga kering, bolehlah ditutup apinya. Sedap dimakan bersama roti potong, roti canai dan berbagai jenis roti.


Suamiku yang tercinta!!!
Nak jugak bergambar kat dapur aku yang berlatar belakangkan kuali, hehehe...
Sejak2 ni Abylah orang yang selalu beri kata nasihat dan mengalakkan aku daripada bersikap sabar atas apa yang tejadi pada aku beberapa hari yang lepas...
Yelah masa tu angin songsang tengah melanda so aku ni kerja nak naik angin je!
Tapi Abylah penguat semangat aku untuk terus bersabar dan pasrah!
Bukannya apa! aku pun seram juga kalau dah Aby yang tak banyak cakap ni dah mula bersuara!
Apa ke tidaknya, Aby ni jenis yang tak ambil tahu pun pasal hal2 yang tak berfaedah dan yang menyakitkan otak tapi bila Aby dah mula ambil kesah dan mula bersuara, aku naik seramlah!
" Don't underestimate what i can do!"
Kecut juga perut ni bila Aby cakap macam tu! so daripada Aby buat benda2 yang akan merosakkan apa2 pun tentang orang, lebih baik aku senyap jelah...takut nak panjang2 kesah...
Yang penting sekarang dah takde apa2 yang jadi, so Denmark dah mula amannnn....
Kat sinilah selalu budak2 ni merehatkan badah bersandar kat heater tu untuk memanaskan badan! maklomlah cuaca sejuk kat sini kadang sampai tak tahan dan nasib baiklah rumah aku dikelilingi dengan heater, jadinya dapatlah kitaorang anak-beranak memanaskan badan bila kat dalam rumah!
Tu yang kadang malas je nak keluar rumah! kat luar tu, Ya Allah! punyalah sejuk! freezer pun kalah! kalau keluar, kecut dan beku segala-galanya.....


Tak koselah aku budak ni, asyik2 nak majuk jer...cakap sikit je terus baring! marah sikit terus landing!
Kuat majukkkk!


Senyum yang tak berapa ikhlas kerana dipaksa untuk senyum oleh mummynya!

Bila orang tak suruh senyum nak plak dia senyum manjanggg...


Gambar ni aku ambil semasa aku tengah masak kat dapur, kat sinilah dak Rhea selalu bertenggek semasa aku sedang memasak! kalau kakak dan abang dia ada kat umah takdelah aku letak dak ni kat situ, tapi abang dengan kakak dia belum balik skul so budak ni takde kawan nak main, aku plak tak berani nak tinggalkan dia sorang2 kat hall tu, jadinya aku tenggekkanlah dak tu kat situ....
Tapi jangan risaulah cz budak ni baik! kalau aku cakap suruh dok diam2 nanti jatuh! dia pun akan dok diam2 cuma terkangkang sana terkangkang sinilah...tapi dia akan duduk setempat je! so aku tak risau!


Lentok kan main lagi! dah penat kot duduk kat situ! mummynya masak tak siap2 lagi!


Hello mummy! bila nak siap masak ni, Rhea dah penatlah duduk kat sini!


Mmmm....

Yehhh! akhirnya mummy dah siap masak n Rhea boleh main2...


Selepas duduk bertapa kat dapur tunggu mummy masak, Rhea buat senaman ringan sikit...


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin