Sejak2 keluar cerita panazzz dan hangat yang aku ni naik angin satu badan, ramai plak kawan2 kat Denmark ni menghubungi aku n tanya apa yang telah terjadi dan siapa empunya angkara yang bermulut takde insuran tu! tapi aku cakap biarlah rahsia bak lagu Siti Nurhaliza...kah!kah!kah! apasal plak lagu Siti yang kena!
Alah bukannya apa! biarlah apa orang tu nak cakap kat aku ni, yang penting angin aku dah mula reda! hari tu memang betul2 panas! mana taknya, bukan dikata aku ni 1-2 perkara tapi macam2 perkara diperkatakan tentang aku termasuklah barang yang aku pakai, makanan yang aku makan, dan tentang agama!
Mana tak angin! meroyan aku dibuatnya! hinggakan sampai dah tak tahan n aku bukak cerita terpampang kat dada blog aku ni dah macam surat khabar muka depan! cerita gempak! tu yang geng2 kat Denmark ni tiba2 terkejut n terus contact n tanya kat aku, dan yang paling aku tak percaya, keluarga aku kat Mesia pun contact aku nak tanya apa yang dah jadi! hah! mana tak kecohnya! tapi takpelah...benda dah pun jadi biarlah....
Kalau dia rasa dia cukup sempurna untuk cakap tentang orang macam2 itu lantak dialah tapi yang sesungguhnya dalam dunia ni TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA...itulah hakikat sebenarnya jadi terimalah....
Untuk kawan2 aku yang bertanyakan tentang aku, nampaknya aku dah ok sekarang! malas nak pk sangat tentang mulut orang tu, lagipun aku kesian plak kat orang tu sebab terpaksa cerita panjang untuk tutup kesilapan...bak kata member aku seorang tu BAIK PUNYA COVER... hehehe...
Aku harap lepas ni dah takdelah cerita2 panas dan sensasi, maksut aku cerita kutuk mengutuk, kata mengata, sampai menyampai dan ajar mengajar... semua tu dah tak perlu, masing2 dah dewasa, tahu macam mana nak jaga diri masing2, dosa pahala Tuhan yang tentukan jadi jaga jelah diri sendiri dan keluarga masing2....
Aku bersyukur kerana disebabkan perkara ni jugak kawan aku bertambah-tambah dan kesian plak kat orang tu yang kini ramai yang dah meluat dengan dia, tapi apa nak buat, tulah lain kali mulut tu pasanglah insuran so kalau apa2 jadi ada backup, ni takde insuran so takdelah backup, hah! doklah seorang2 layan perasaan ye! jangan tekanannnn....