BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 cawan beras wangi - bersihkan dan toskan
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 2 inci halia - diketuk
  • 2 s/b butter
  • Rempah tumis - 4 beradik
  • Stok pati ayam secukupnya - mengikut sukatan beras
  • Garam dan perasa
  • BAHAN AYAM BBQ:
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 dan dibersihkan
  • 4 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 4 s/b BBQ sos
  • 2 s/b serbuk cili
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • 6 s/b madu
  • Sedikit minyak
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • UNTUK NASINYA:
  • panaskan butter didalam periuk rice cooker, kemudian masukkan rempah tumis, halia dan daun pandan, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan terlebih dahulu sambil dikacau sebentar, masukkan pula stok ayam, garam dan sedikit perasa, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
  • Alihkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan tekan on, sambung masak seperti masak nasi biasa.
  • Bila nasi masak, gaul gembur-gemburkan nasi perlahan supaya tidak melekit apabila hendak dihidangkan.

  • UNTUK AYAMNYA:
  • Gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama 1 jam atau lebih.
  • Kemudian letakkan sedikit minyak kedalam dulang pembakar dan susunkan ayam yang telah diperap tadi dan bakar didalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak sambil balik-balikkan ayam supayan masak rata.
  • Bolehlah dihidangkan bersama nasinya, sup, sos sambal, timun dan ulaman yang lain.

0 Ulasan:

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin