BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1/2 s/t serbuk kunyit
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • 1 s/b serbuk pati ikan bilis
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
CARA-CARANYA:
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi kedalam mangkuk, kemudian masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk yang telah berisi dengan tepung tadi kecuali air dan minyak, gaul hingga sebati tetapi bancuhan janganlah terlalu lembik atau terlalu keras.
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan gunakan api yang sederhana.
  • Sudukan sedikit-sedikit adunan tadi kedalam kuali, buat hingga habis.
  • Balik-balikkan gorengan sehingga masak keperangan dan garing, angkat dan toskan minyaknya.
  • Hidangkan bersama cili sos.

0 Ulasan:

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin