BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 keping daging burger (untuk 1 biji burger)
  • Roti burger atau roti bulat
  • Cheese
  • Timun - dihiris nipis
  • Tomato - dipotong bulat
  • Daun salad
  • Cili sos
  • Mayonis
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit butter
CARA-CARANYA:
  • Roti dibelah 2 dan disapukan dengan sedikit butter, bakar diatas kuali non stick sehingga kekuningan dan ketepikan.
  • Letakkan sedikit butter didalam kuali non stick tadi dan gorengkan daging burger hingga garing dan angkat, ketepikan.
  • Ambil roti burger bahagian bawahnya yang telah dibakar tadi dan letakkan timun, tomato dan daun salad, kemudian letakkan cili sos dan mayonis, kemudian letakkan sekeping daging burger dan taburkan dengan sedikit serbuk lada sulah, letakkan cheese diatas daging burger tadi dan tutupkan dengan sekeping lagi daging burger, letakkan sedikit lagi cili sos dan tutupkan dengan bahagian atas roti, cucukkan bahagian tengah burger dengan lidi supaya senang hendak dimakan.

0 Ulasan:

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin