BAHAN-BAHANNYA:

  • Untuk nasi lemak:
  • 5 cawan beras - dibersihkan dan toskan airnya
  • 5 cawan santan
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 1 s/t alba
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Beras dibersihkan terlebih dahulu dan toskan airnya, masukkan beras didalam periuk rice cooker, masukkan juga santan, daun pandan, bawang dan halia yang telah dihiris, alba dan garam, gaulkan sebati dan masaklah seperti biasa sehingga nasi masak, gembur2kan nasi supaya tidak melekat.
  • Bahan lain:
  • Sambal ikan bilis
  • Telur rebus - dibelah 4
  • Ikan bilis yang telah digoreng
  • Timun - yang telah dibuang kulit dan dipotong bulat
  • Daun pisang secukupnya - yang telah dilayur terlebih dahulu
  • Surat khabar secukupnya untuk membungkus
CARA-CARANYA:
  • Ambil semangkuk nasi lemak dan letakkan diatas daun pisang yang telah dilapis dengan surat khabar, kemudian letakkan sambal ikan bilis diatas nasi (resepi sambal ikan bilis ada didalam bahagian "sambal dan pencicah" Resepi dapur anak mak), telur, ikan bilis dan timun, kemudian lipatkan lapisan daun pisang dan surat khabar seperti gambar diatas, buat sehingga nasi habis, susun nasi lemak bungkus ditempat yang tidak sejuk supaya nasi tahan lama, bila nak makan, keluarkan dan bolehlah dihidang.

0 Ulasan:

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin