
Poji dengan penuh perasaan meghias rumah aku dengan segala belon dan macam2 deconya untuk sambutan tahun baru dirumah aku malam ini!

Wah! rumah aku dah berseri penuh dengan warna-warni untuk menyambut tahun baru!

Bermulanya sambutan tahun baru dirumah aku, segala juadah dah terhidang dan segala masakan dan makanan ini telah dibuat beramai-ramai oleh tetamu yang datang (pot luck) so memang best2 lah makanan ni, menyelerakan sekali, yummy!!!!

Tak lupa juga kuih-muih traditional kita, walaupun berada jauh di luar negara tapi kuih-muih traditional takkan dilupakan... sedap wooo..

Minuman...

Ni dua orang bapok yang memenangi tempat pertama dan kedua!
Laki aku n Haizan.

Aku menang tempat pertama untuk acara solekkan laki aku!!!

Ni acara dudukkan belon sampai pecah tapi aku tak menang, mana nak menang, jamban saiz mangkuk jer...yang menang sah2 lah yang jamban saiz tong drummm! sapa lagi pemenangnya disandang oleh Puan Rohaya lah... kih!kih!kih!

Yang ni acara paling gamat dan riuh iaitu acara makan pisang...

Bermulanya acara makan pisang! Si Emma punya telan pisang tu mak ai!! sumbat Emma!!!

Aya punya ngelat, sah! ada bukti tangan anak dia tolonnn sumbatkan, laki dia pun tolong jugak kalau nak tahu!!! ngelat betuiii!!! tapi kalah jugakkk!!!!

Ni lah Wajah gelojoh aku membelahap pisang tu!!! macam nak muntah pun ada gek! tapi aku pakai telan2 je pisang tu!!!

Gelagat ibu2 yang dah biasa makan pisang hanya guna molottt ajeee!!!
Rakuuusssnya kau Emma!! Aya tu tak yah cakaplah, kaki tangan semua naik!!!

Tapi pemenangnya tetap aku! alah!! setakat membelahap pisang tu pada aku kira kacang je!!!
Ececehhh!!! aku memang expert bab2 pisang ni!!! hehehe!!!

Ni ialah Saudari Dayang, pemenang musical chairs, dialah yang mengalahkan aku!! mana taknya, sekali dia tonggek punggung dia kat aku, hampir terpele'ot aku!!!

Ni kaum bapa dalam acara musical chairs, macam nak runtuh umah aku dibuatnya, dahlah masing2 main ngelat pastu boleh berenti minum airlah, apalah, boleh sambung2 plak tu!!!
Yang main plak kebanyakkannya badan mak ai!!! tapi aku dah warning awal2, masa nak duduk kat kosi aku tu duduk hujung2 punggung jer...kalau kosi aku patah kena ganti! ha!ha!ha!
Tapi yang badan beso2 terkeluar awal dan tinggal yang kecik2 je! selamat kosi aku!

Pemenang acara musical chairs ialah Poji (Fauzi)

Ni acara bapa bungkus anak sampai jadi mummy tapi Aby dengan Rica kalah dan yang menang ialah Poji n anaknya Nini.

Ni pulak acara musical chairs untuk kanak-kanak n yang menang ialah...

Anak aku, Rica tapi yang nampak over ialah yang menyampaikan hadiah tu!!! tengoklah muka dia!!