Rhea ni kalau kat dalam stroller memang tak reti nak diam! kalau boleh dia nak melompat keluar! yelah! mana taknya, stroller pun berselubung tak nampak apa, tu yang dia boring kot!!!

Budak berdua ni pantang ajak jalan! cepat je!


Today cuaca memang sejuk! tapi kitaorang tetap nak keluar cz budak2 dah start boring dok kat umah je!
kelakolah topi Aby ni, sekali pandang macam tentera jepun, dua kali pandang macam kambing biri2...
He!He!He!


Ahhh!!! sejuknya!!! bercakap dengan nafas pun keluar asap dah macam naga!!
Hahh! EMMA! aku dengo cakap kau! sejuk2 pun aku kuar umah!!!

Rico n Rica


Aby dengan Rhea kesejukkan!!! kesian! semua kecuttt!!!


Dak Rico control macho!!!


Aby pun control macho! padahal kesejukkan dan kekecutan!!!


Malam yang bercahaya! walaupun sejuk tapi pemandanganya tetap indah dan menarik!
Inilah bandar Copenhagen..


Hi! buat tatapan keluarga yang berada di Mesia, tengoklah gambo rhea ni untuk lepaskan rindu!!
Untuk Cik ina dan Cik Anti yang dah pandai bukak blog ni, rajin2 lah bukak blog ni kalau nak melepaskan kerinduan pada budak2 ni yer!!!
Dan untuk Ceqmoon yang suka nak masak tu, cuba2 lah resepi aku ni kalau ada kelapangan!

Rico n Rhea yang dah tak sabo2 nak balik mesia, terutamanya Rico sebab dia akan dikhatankan pada bulan feb 2009 tak lama lagi, ha!ha!ha! habis lah Rico! potong kasi habis!!!!!

Rica plak tak sabo nak jumpa mak mboon dia, Riiinnndduuuu sesangat dengan mak mboon dia, kalau cerita pasal mak mboon, mesti Rica meleleh air mata!
Mbooooonnnn huuuwwwaaaa................







BAHAN-BAHANNYA:

2 cawan tepung gandum

2 s/t tepung jagung

1 s/b majerin

1 biji telur

Sedikit garam

Sedikit pewarna

Air secukupnya

CARA-CARANYA:

Satukan kesemua bahan, gaul sebatikan dan kisar (blender) hingga adunan halus, proses ini sama seperti membuat roti jala/roti kirai, resepi sepenuhnya ada didalam''dapur anak mak'' dibahagian "roti" Jika hendak buat roti jala gulung ini pastikan intinya dibuat terlebih dahulu kerana sewaktu membuat roti jala apabila adunan masak didalam kuali, terus diletak inti dan digulung, barulah diangkat dan buat proses yang sama sehingga habis adunan tepung tadi.

BAHAN UNTUK INTI KENTANG:

2 biji kentang (dipotong dadu kecil)

1 biji bawang besar (dicincang)

2 biji bawang putih (dicincang)

2 s/b rempah kari

1 s/b serbuk cili

2 s/b yoghurt

Garam, perasa dan gula

Sedikit air

Sedikit minyak

CARA-CARANYA:

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air, kemudian masukkan kentang, biarkan kentang masak, masukkan pula yoghurt, garam, perasa dan sedikit gula, gaul sebati dan biarkan kentang dan perencah betul2 sebati dan pekat, bolehlah ditutup apinya, pastikan inti kentang ini betul2 kering tanpa kuah, kemudian inti kentang ini bolehlah dijadikan inti untuk roti jala gulung.




BAHAN-BAHANNYA:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 cawan susu segar
  • 2 s/b majerin
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Air secukupnya

CARA-CARANYA:

  • Campurkan kesemua bahan, kacau sebatikan dan kisar (blender) hingga adunan halus, tuangkan adunan didalam mangkuk yang besar, jika adunan pekat bolehlah ditambah dengan air tapi jangan terlalu cair.
  • Panaskan kuali leper non-stick, sapukan kuali dengan sedikit minyak, cedok sedikit adunan menggunakan pencedok khas untuk roti jala/roti kirai. Jala/kirai sehingga habis adunan dan bolehlah dimakan bersama kari.


BAHAN-BAHANNYA:

125g butter

125g majerin

100g gula kastor

500g tepung gandum

1 biji telur

BAHAN CREAM CHEESE:

250g cream cheese

50g butter

50g gula kastor

Blueberry filling (secukupnya)

CARA-CARANYA:

Pukul butter, majerin dan gula hingga kembang, masukkan telur, kacau rata, masukkan tepung sikit2 dan kacau lagi hingga rata dan sebati, jadikan doh yang lembut, canai doh dan masukkan dalam dulang pembakar khas untuk tart, cucuk2 sedikit ditengah adunan tadi guna garfu tapi jangan sampai tembus, bakar didalam oven pada suhu 170c selama 15 minit, keluarkan tart dan sejukkan. Dimangkuk yang lain, pukul kesemua bahan cream cheese hingga kembang, masukkan cream cheese kedalam piping. Ambil sedikit blueberry filling, masukkan didalam tart yang telah sejuk tadi dan picitkan cream cheese diatas blueberry filling hingga menutupi keseluruhan blueberry filling tadi, bakar lagi pada suhu 170c selama 10 minit atau hingga masak, angkat dan sejukkan, bila sejuk bolehlah diletak dalam paper cup jika suka.


Bahan-bahannya:

Beras basmati (rendam 30 minit dan toskan)

100g mentega

Rempah tumis

2 helai daun pandan (disimpul)

1 biji bawang besar (dicincang)

1 inci halia (diketuk)

2 s/b kismis

3 s/b bawang goreng

Sedikit garam

Air secukupnya

Cara-caranya:

Panaskan mentega dalam periuk hingga cair, masukkan rempah tumis dan daun pandan, tumis hingga wangi, masukkan bawang dan halia, gaul hingga bawang garing, kemudian masukkan pula beras yang telah ditoskan airnya, gaul seketika dan masukkan air secukupnya, taburkan sedikit garam dan tutup periuk nasi, masak hingga nasi kering, taburkan kismis dan bawang goreng, gaul gembur2 kan nasi dan bolehlah dihidang bersama lauk.


Bahan-bahannya:
  • Roti perancis (dipotong serong)
  • 4 biji bawang putih (dicincang halus)
  • Sedikit majerin
  • Sedikit lada sulah
Cara-caranya:
  • Campurkan bawang putih, majerin dan lada sulah, gaul sebatikan. Bakar roti yang telah dipotong hingga kekuningan, angkat dan sapukan bahan yang telah dicampurkan tadi iaitu bawang putih, majerin dan lada sulah, sedia di hidang.




Menjelang Christmas kat Denmark ni pada aku best lagi kat Mesia tu, kat sini pun banyak decoration juga tapi kat Mesia pun banyak decoration cantik2 kat christmas tree tu, lagipun kat sini sunyi je suasananya, tak macam kat Mesia, sentiasa bising, riuh rendah tak kira masa, kat sini semua dah start cuti untuk beberapa hari, kalau kat Mesia tu ada apa2 perayaan pun masih ada kedai yang bukak tapi lain plak kat sini, semua tempat tutup dan suasana sunyi, dahlah cepat gelap, baru pukul 4 petang tapi dah gelap macam pukul 10 malam, cuma mungkin menjelang malam ada bunga api kot cz kat sini bunga api memang boleh main, yang beso2 pun boleh, tak salah langsung, kira kat sini legal! segala jenis bunga api n mercun memang boleh main, senang nak dapatkan juga, ada dijual!!
Hah! pagi tadi aku dikejutkan dengan bunyi doorbell, rupanya jiran depan umah aku kasi kek n kad christmas kat kitaorang...

Selamat pagi!!! wajah anak2 dan suamiku dihari cuti!!


Today aby last day kerja n start cuti untuk christmas selama 5 hari.
Tadi masa balik dari kerja, aby dapat lagi sebotol gula2 present daripada company, dah saat2 terakhir nak cuti pun masih dapat present lagi, best kan!!!!
Start esok adalah kawan untuk aku bergaduh selama 5 hari, selalunya kalau aby dah gi kerja, aku rasa sunyi juga, ni dia ada kat umah, adalah kawan untuk bergaduh! tapi janganlah salah sangka! bukan gaduh sampai bertumbuk! gaduh2 manja! cubit2, tolak2, tarik2, eh! apa daa...nanti koyak plak baju!!!
Apa pun aku suka kalau time cuti, semua ada kat umah, macam2 bunyi pun ada, bunyi tv, bunyi game, bunyi suara anak2 dan yang paling bestnya bunyi suara mummy dia menjerit marah anak2!!! kwang!kwang!kwang!!!

BAHAN-BAHANNYA:

Tulang kambing (dibersihkan)

1 biji bawang besar (dimayang)

2 biji bawang putih (dimayang)

4 inci halia (diketuk)

1 ketul sup bunjut

Rempah tumis (4 beradik)

2 s/t serbuk lada hitam (yang kasar)

Bawang goreng dan daun sup (untuk tabur)

Garam dan perasa

Sedikit minyak

CARA-CARANYA:

Rebus tulang hingga bahagian dagingnya empuk, keluarkan tulang dan asingkan daripada air rebusannya. Panaskan sedikit minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau, kasukkan bawang yang telah dimayang bersama halia hingga garing, masukkan pula lada hitam dan sup bunjut, gaul rata, kemudian masukkan air rebusan tulang tadi tapi sebelum masukkan air rebusan perlu ditapis dahulu supaya segala lebihan minyak dan buih tidak masuk, masak hingga menggelegak dan masukkan tulang, garam dan perasa, biarkan hingga semua sebati dan bolehlah ditutup apinya. Hidangkan sup dengan taburan bawang goreng dan daun sup jika suka. Sup ini sedap dimakan bersama roti.



BAHAN-BAHANNYA:

Nasi sejuk

1 biji bawang besar - dibelah 4

3 biji lada merah - dipatah 2

Segengam ikan bilis

Sedikit minyak

Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan angkat, kemudian goreng pula bawang dan lada merah hingga layu dan angkat, tutup apinya.

Tumbuk bawang dan lada merah yang telah digoreng tadi hingga hancur dan masukkan pula ikan bilis dan tumbuk lagi hingga hancur.

Dikuali yang sama, panaskan minyak kembali, gunakan minyak yang sama, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga garing, masukkan garam dan perasa, gaul sebatikan dan masukkan nasi sejuk, gaul lagi hingga rata dengan bahan tumis, dan tutup apinya, sedia untuk dihidang.

Dah malam2 terasa kebulur plak perut! aby plak suruh kopek mango yang dibeli tah berapa hari lepas, nampak masih elok, mana taknya, sebiji mango ni Dkk15 (Rm 8) so aby beli 2 biji Dkk30 , bila dah aku potong2 isinya memang tebal, bijinya kecik n nipis je, tapi aku tak minat plak rasanya so aby n budak2 je yang makan, aku ingat rasanya macam mango (pelam) yang kat mesia tu, tapi mango ni rasa mango lahhhh!!!
Yang kat mesia tu aku selalu beli yang longgok2 kat paso malam cz aku suka makan kopek kulit dengan gigi je! pastu tak payah potong2 just gigit macam tu je! eee... gelojoh n seronoknya! kadang mak aku pun layan makan macam tu! alah! rindulah suasana kat mesia, riuh dan sentiasa sebuk sesak, tak macam kat sini, pukul 4 ptg dah gelap gelita, pastu kedai semua tutup pukul 5 ptg, ahhh... bosannya Bandar Copenhagen ni!

Elok je 3 beradik ni lepak baring2 kat carpet, gaknya penat cz siang tadi berjalan dalam cuaca sejuk so dah malam2 macam ni badan terasa letih!
Rhea plak tadi kena jab so aku takut2 kalau dia demam jd aku nak kasi ubat sebelum dia tido nanti!

Penatlah mummy!!!



Bahan-bahannya:

Scallop

1/2 biji bawang besar (dicincang)

1/2 cawan susu segar

1/2 cawan krim masakkan

1 biji perahan jus limau

1 s/b majerin

Sedikit garam dan gula

Cara-caranya:

panaskan sedikit minyak dikuali leper non stick, letakkan scallop didalam kuali, balik2 kan scallop tapi jangan masak sangat kerana scallop cepat hangus, biarkan 1/2 masak saja dan masukkan scallop didalam oven panas pada suhu 180c selama 5 minit, keluarkan dan ketepikan. Untuk sosnya, panaskan majerin didalam kuali, tumiskan bawang besar yang telah dicincang tadi hingga layu, masukkan susu segar, krim dan perahan limau, gaul sebatikan, masukkan pula sedikit saja garam dan gula, biarkan mengelegak dan tutup apinya, tuangkan sos diatas scallop tadi dan bolehlah dihidang.



BAHAN-BAHANNYA:

Taco shell (kulit taco secukupnya)

Daging cincang

1 biji bawang besar (dicincang)

2 biji bawang putih (dicincang)

2 biji tomato (dicincang)

1 botol sos taco atau sos pasta (perasa original)

3 s/b sos tomato

1 s/b perahan jus limau

Sedikit lada hitam (dikisar)

Sedikit oregano Garam, perasa dan gula

CARA-CARANYA:

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang tadi hingga layu, kemudian masukkan daging cincang, gaul hingga bertukar warna daging dan masukkan sos taco atau sos pasta, perahan limau,lada hitam dan oregano, gaul rata, masak hingga kuah pekat, masukkan garam, perasa dan gula, gaul sebatikan dan akhir sekali masukkan tomato yang telah dicincang, gaul rata, biarkan sehingga pekat dan kering, bolehlah ditutup apinya.

Sejuk2 ni dok empet2, warm je rasa tau! hehehe!!!
Jangan jealous haaaa!!!


Sebok r budak kecik ni, baru nak empet2 dah menyelit plak! Rhea ni memang macam tu, kalau aku rapat sikit je dengan daddy dia, mesti dia tengok je! ingat aku nak kebas daddy dia gaknya, tapi kalau dia ada sekali, takpe!

Sambil tunggu giliran anak2 untuk jumpa dentist, mummynya sempat posing kat klinik tu!
Tak lah ramai sangat orang cz masih pagi tapi adalah 2-3 orang yang sedang jumpa dr tu, so kenalah tunggu sattt...


Cuaca pagi ni memang sejuk sangat, kiranya aku salah pakai bajulah cz aku terasa kesejukkan, temprature menunjukkan 5 deg C maknanya taklah sejuk mana dibandingkan dengan sejuk yang pernah aku rasa mencecah -4 tapi tah kenapa aku terasa sejuk sangat pagi ni, mungkinlah seperti yang aku katakan yang aku salah pakai baju, aku tengok temprature so aku pakai jaket kulit ni ingat sejuknya biasa2 je cz aku selalu alami temprature macam ni, tapi hari ni yang menyebabkan sejuk ialah, berangin!!!
Aku mengigil-gigil jugalah sampai hidung dan telinga terasa sakit, nasib baik budak2 pakai baju yang betul!
Masuk je dalam klinik tu, Ya Allah! punyalah lega! panas je cz ada heater!!

Pagi ni Rico dengan Rica ada appointment dengan dentist, Rhea pula untuk jab 18 months, maknanya lepas ni Rhea dah habis jadual jab, cuma hingga umur dia mencecah 7 tahun baru ambil jab lagi, ahhh...leganya rasa, dah tak payah nak jumpa dr lagi selain daripada kalau dia sakit lah!!!
Rico dengan Rica plak jumpa dentist untuk pereksa keseluruhan gigi diorang so aby buat appointment hari ni untuk semua anak2 dia, jadi senang! tak payahlah nanti asyik nak cuti kerja je! buat sekali gus hari ni.
Dr kata Rico giginya ok cuma ada lubang kecil untuk ditampal, Rica plak dr tak buat apa2 cuma periksa je cz Rica tu dr suruh datang another appointment disebabkan kedudukan giginya yang tak berapa rata, tp takkan dr nak suruh pasang braces plak cz dia kecik lg n gigi susu pun belum habis tanggal semua, ntahlah apa yang dr nak buat, tunggu jelah keputusan dr tu!


Menanti debaran ketika berjumpa dentist, tapi tak buat apa pun, cuma periksa2 je!
Gigi Rica tu ok cuma, tak rata je macam gigi mummy dia, hehehe!!!


Rico memang kena tampal gigi dia, ada lubang kecil n dr cakap kurangkan makan gula2, walaupun gigi Rico ni rata tapi macam rabbit! maknanya anak aku ni ada jongosss sikit!!! tapi bukan ikut aku eh! ntah ikut keturunan belah manalah budak ni!!!


Tiba pulak masa Rhea untuk disuntik! daddy dia punyalah pegang kuat takut anak dia melalak!!! siap peluk tak kasi Rhea tengok jarum tu tapi budak tu selamba badak je! takde bunyi apa pun, macam takde perasaan sakit langsung! la senangnya! dulu budak ni kena jab adalah melalak jugak, tapi kali ni buat bodoh je!



BAHAN-BAHANNYA:
1 kg kupang (Mussel) dibersihkan
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
Sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus (godok)
CARA-CARANYA:
Masukkan air didalam kuali atau periuk, masukkan bawang, serai dan garam, tenggekkan diatas dapur, bila mendidih, masukkan kupang yang telah dibersihkan tadi, gaul seketika dan tutup apinya, jangan biarkan kupang masak terlalu lama kerana akan hilang keenakkan yang ada pada kupang. Sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos cili.











BAHAN-BAHANNYA:

Roti burger
Telur (direbus dan dipotong nipis2 menjadi kepingan)
Sedikit sos cili
Sedikit mayonis
Sedikit lada sulah
Cheddar Cheese
Timun (dihiris nipis)
Tomato (dihiris nipis)
Sedikit majerin

CARA-CARANYA:

Belah tengah roti burger menjadi dua bahagian, sapukan sedikit majerin dan bakar diatas kuali panas hingga roti yang dibahagian majerin bertukar keperangan, angkat dan ketepikan, letakkan beberapa hirisan timun dan tomato diroti yang telah dibakar tadi, kemudian susun kepingan telur diatas hirisan timun dan tomato, taburkan sedikit lada sulah dan tuangkan sedikit sos cili dan mayonis, kemudian tutupkan dengan cheddar cheese dan akhir sekali tutup dengan roti dibahagian atas sekali, bolehlah dihidang.

Benda alah ni lah yang menemani aby disaat musim sejuk kat Demmark ni, bila musim sejuk tiba, masing2 malas nak keluar rumah jadi benda ni yang selalu menemani disaat kebosanan melanda, kalau aku time bosan aku suka masak n aku dah sediakan penuh freezer aku dengan makanan beku jd time nak masak dah tinggal pilih je, aby plak dah standby benda alah ni untuk dirinya, tak lupa juga anak2 pun telah disediakan, jadi musim sejuk kat Denmark ni taklah rasa seteruk mana, tak lah sampai kena depression, pandai2 lah nak membuatkan diri tak tertekan...banyak cerita yang aku dah dengar, kebanyakkan orang2 yang duduk kat Denmark ni kena depression disebabkan oleh cuaca sejuk yang menyebabkan tak keluar rumah, jadi kenalah penyakit ni!! tapi pada aku musim sejuk kat Denmark ni taklah seburuk dan seteruk yang aku sangkakan, kiranya aku sekeluarga masih boleh manage lagi, alah! pucuk pangkalnya hati kita, kalau kita pk yang teruk2 mestilah jadi yang teruk so aku selalu pk yang elok2 je walaupun kadang tu tekanan juga oleh cuaca tapi buat tak layan je, jangan pk kan sangat, tapilah pada aku yang paling aku suka kat sini bila snow turun! walaupun sejuk tapi aku tak tertekan cz aku suka tengok snow tengah turun, nak2 bila snow tengah lebat turun, lagilah aku suka tengok! cantik oiii!!!! tenang je fikiran ni!!!
Tapi kalau snow lebat tu kalau nak keluar rumah memanglah susah, tp aku kat sini ada kawan2 yang dah lama menetap kat sini yang selalu membantu, aku bersyukur dikurniakan kawan macam diorang tu.
Kepada kawan2 ku Dilla dan Aya, aku sayang kat korang!!!! semoga Tuhan balas segala kebaikan yang korang telah berikan pada aku, Amin...


Ni plak hak milik dak Rico, benda alah ni lah yang paling dia sayang walaupun jarang2 dapat main, tapi musim2 terperuk kat umah ni dapatlah dia main jugak!


Ni anak dara aku punya, Rica.
Dia punyalah jaga benda alah ni, setiap kali lepas main dia akan simpan elok2 dalam beg yang telah daddy beli khas untuk benda alah ni.

Si Rhea memang takde mainan special untuk dia cz budak kecik tu bukan suka main mainan sangat, dia lagi suka buka majalah atau buku2 untuk tengok gambar2 jadi dia memang tak banyak mainan, kadang belikan mainan pun bukan dia yang main, kakak n abang dia plak yang over main mainan budak kecik tu, harap2 nya perangai Rhea tu biarlah sampai beso, suka dengan buku! ni ikut daddy dialah! anak daddylah katakan!

Budak berdua ni janji gaknya today pakai baju sama warna, merahnya makngah!!!!
Time2 cuti macam ni Rico dengan rica memanglah suka cz dapat main sepuas-puasnya, tapi aku pantau jugalah apa yang diorang mainkan, kadang aku buatkan kertas kerja juga untuk diorang belajar supaya cuti ni diorang tak lupa tentang pelajaran, time tengok tv pun aku kasi sampai waktu2 tertentu cz kat sini kalau dah malam, tv kebanyakkannya uncensored, jd kenalah jaga2, tapi kadang2 tertengok juga tanpa sengaja n budak2 ni cepat2 pusing lain atau tutup mata, kelakolah!!!
Walau macam manapun daddy sedaya upaya buat yang terbaik untuk anak2 dia, so daddy sediakan tv lain n bilik lain untuk anak2 dia tengok tv n lock segala cerita yang tak sepatutnya dan hanya ada rancangan cartoon, jadi taklah teruk sangat .
Game plak dalam seminggu, beberapa kali saja boleh main, tapi hari skul memang diorang tak dibenarkan main, nasib baik budak2 ni dengar kata n tahu segala peraturan yang telah ditetapkan.
Hari ahad yang bz, lepas masak, aku basuh kain yang dah menanti selama seminggu, adoh! lemah betullah kalau pk pasal kain yang nak dibasuh tu! kalaulah ada robot yang boleh tolong basuhkan, memang best!!
Sebenarnya bukan susah sangat nak basuh kain cuma kalau aku nak basuh kain, aku kena turun kat tingkat bilik bawah rumah aku, kat bilik tu memang sejuk, tu yang jadikan malas nak basuh kain, tapi nak buat macam mana, kenalah buat jugak!!!
Hari ni aku masak nasi serai dan chicken parethal resepi dari mak mertua aku yang sangat aku rindui sekarang ni, chicken parethal ni adalah makanan kegemaran Aby, so selalu jugak aku masakkan untuk dia,
ada jugak lah lagi resepi dari mak mertua aku yang aku belum masukkan kat blog aku ni, nantilah kalau aku masak aku akan masukkan yer...so tungguuu!!!!!

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmati (basuh dan toskan)

Air mengikut sukatan beras

3 helai dain pandan (disimpul)

Bahan tumis:

Rempah tumis

1 s/b rempah kurma

1 biji bawang besar (dihiris)

3 biji bawang putih (dihiris)

1 inci halia (dihiris)

2 batang serai (dihiris kasar2)

3 s/b majerin

Sedikit garam

Cara-caranya:

Panaskan majerin dalam periuk rice cooker diatas dapur, tumis bahan yang telah dihiris bersama rempah tumis hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kurma, gaul sebati dan masukkan beras bersama air dan daun pandan, gaul rata, masukkan sedikit garam, gaul lagi dan alihkan periuk di rice cooker, tutup periuk dan masak seperti biasa, bila nasi masak, gaul gembur2 kan nasi dan bolehlah dihidangkan bersama lauk.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin