Oleh kerana hari ni nak berjalan, jadi aku hanya dapat siapkan burger untuk sarapan pagi, ok lah dari takde!!!


Hari ni nak keluar gi shopping dan jalan2 bawa anak2, cuaca memang tengah sejuk tapi kesian plak budak ni terperuk je kat umah, lagi pun kat Denmark ni dah start cuti skul untuk 2 minggu, so hari ni gi jalan2 lah bawa diorang...


Dengan cuaca yang sebegini, semuanya kena cover termasuk Rhea punya stroller supaya angin sejuk tak masuk dalam, kalau tak memang menggigillah budak kecik ni!!



Eeee...kat luar ni memang sejuk oi!!! tengoklah muka aku yang menahan sejuk!!!

Gambar ni aku ambil semasa di Central Station, ni bukan bangunan betul2 tapi hanyalah Miniature, semua kecik2 n cute sangat!!

Ni pun sama, salah satu Miniature, cute lah!!!



Rica bersama boyfriend barunya yang tinggi, namanya Abang Biru!!! kah!kah!kah!



Rico n Rica



Aku bersama anak2 bergambar dengan orang2 elves, sporting tau diorang ni, cakap je nak bergambar, terus je posing maut! nak2 pompuan yang landing kat jalan tu, bukan main lagi overnya yerrr....


Ketika di depan Hard Rock Cafe, masa ni dah nak balik cz dah gelap walaupun ketika ni baru pukul 3.30 petang, musim sejuk kat sini memang matahari segan nak keluar, kalau keluar pun kejap je dah sembunyi balik, tu yang petang je tapi dah gelap macam dah malam buta!


Ni sajalah barang yang dapat aku shoppingkan memandangkan cuaca yang sejuk dan hujan yang turun, jadi jadual shopping aku terbantut hari ini, tak seronok betul kalau berjalan dalam keadaan hujan, dahlah sejuk gila, sampai tak rasa muka aku dibuatnya, rasa kebas je seluruh muka! Ya Allah! punyalah sejuk!! angin pun kuat juga, sejuk sampai ke tulang walau pakai baju tebal 2-3 lapis, tapi taklah sampai mengigil-gigil, kiranya baju sejuk aku tahan kebal! anak2 aku pun semua nampak ok cuma sejuk tu memang tak boleh lari lah dah duduk negara sejuk, beginilah nasibnya!

Wajah kepenatan seorang mummy! tapi sempat posing beb!



Yang belakang tu enter frame jerrr...

Aksi Rhea pakai balaclava, nampak macam pakai tudung tapi ni sebenarnya sejenis topi.



Pakai balaclava baru sampai kepala teleng!! balaclava ni aku baru beli tadi dekat ''Name it'' nama tempat tu lah!!


Ni setelah bukak balaclava tu rambut jadi cantik! tak kembang macam Alleycats lagi!! tapi kejap je ni, sat lagi kena angin kembang balik!!!


Santapan aku sekeluarga malam ni setelah penat berjalan siang tadi, so aku pun dah penat nak masak apa2, aku hanya mampu dan terlarat buat pizza, inilah masakan aku yang selalu aku buat kalau aku penat atau malas!!

Kesian diorang ni makan pizza je malam ni, tapi aku tahu diorang suka makan pizza! so nampaknya diorang makan pun takde merungut apa, kira ok lah tu!!!
Esok mummy masak sedap2 ok! hari ni mummy penatlah!!!


Alah! alah! alah! macam anak kangaroo je melekat kat perut!
Rhea ni kalau ada daddy dia memang kalau time tido, dia akan cari daddy dia untuk dijadikan tempat landing! mana taknya, tilam empuk! mummy dia tilam nipis je, tu yang time tido dia cari tilam yang empuk xtra pillow lagi! alah kat tang perut tu lah!!! kih!kih!kih!!!


Setelah kebas segala urat saraf, diletaknya anak dia kat carpet tu! cian budak cenonet tu tido! alahai! keciknya anak aku!!!


Rhea hari ni memang nakal, dah pandai mengemas (berselerak) sekarang ni, kerja bukak tutup laci, keluarkan apa yang ada lalam laci tu! pukul kakak n abang dia, ketuk diorang tu, yang kakak n abang dia asyik kerja mengadu dengan aku je, bingit punya pasal kena cubitlah budak kecik tu, hah! apa lagi, melalaklahhh!!!

Tengok! kakak jugak yang pujuk!


Wajah sedih dan sayu setelah penat melalakkk!!!



Amboi! dua beranak ni makan ketam sampai tak toleh kiri kanan, Aby dengan Rica ni memang minat makan ketam jadi kalau aku masak ketam, dia berdua je lah yang makan paling banyak!!!
Aku plak tak minat sangat makan ketam beso2 macam tu, aku suka makan ketam bunga n direbus dgn garam je atau ketam bunga masak lemak cili padi mak aku yang masak, kalau ketam yang berempah macam ni aku tak minat, buat sakit mulut je nak makan!!!


Hah! tu dia! kaki ketam! memang beso! kat Denmark ni kalau beli ketam memang beso2!!! yang kecil ada juga macam ketam bunga tapi tak banyak n susah nak cari, so yang banyak ialah ketam beso2 macam ni, harganya beso jugak!!!hehehe!!!
Aku hari ni makan roti jala pemberian kawanku Adilla n Rico hari ni tah apa hangin nak makan nasi goreng kampung, jadi aku kenalah buatkan juga cz bukan senang Budak Rico tu nak makan nasi, jadi bila dia mintak nasi, cepat2 lah aku buatkan!!! sayang anak punya pasal, apa yang diorang nak makan aku cuba sedaya upaya untuk buatkan, tapi kena time aku tengah malas kadang 1-2 hari kalau aku teringat baru aku buatkan apa yang diorang teringin nak makan.


Bahan-bahannya:

Nasi putih (yang telah sejuk)

1/2 biji bawang besar (dicincang)

1 biji bawang putih (dicincang)

5 biji cili padi (dipecah)

2 biji telur (dipukul sedikit)

Sedikit udang kering

Sedikit serbuk belacan

Garam dan perasa

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang dicincang dan udang kering hingga garing, masukkan pula cili padi gaul seketika kemudian masukkan garam dan perasa, biarkan garam hancur baru masukkan nasi putih, gaul sebatikan rencah dengan nasi kemudian taburkan sedikit serbuk belacan, gaul lagi dan buat lubang ditengah-tengah nasi, masukkan telur yang telah dipukul, kemudian gaul sebatikan dengan nasi, biarkan seketika dan tutup apinya. Bolehlah dihidang.




BAHAN-BAHANNYA:

  • Beras - dibersihkan
  • 200 gm butter
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam halus

CARA-CARANYA:

  • Bersihkan beras, masuk dalam rice cooker, masukkan air ikut sukatan beras dan masukkan daun pandan, masak seperti masak nasi biasa.
  • Bila nasi masak, masukkan butter dan kacau hingga butter cair pada nasi, kemudian taburkan sedikit garam halus, kacau sebati.
  • Hidangkan nasi butter bersama lauk pauk yang lain.



Rhea ni dahlah pakai baju sejuk aku, pastu pakai topi daddy pulak! dah tak sabo nak beso ke, sampai pakai baju orang beso, aku tengah bz masak kat dapo so aku campaklah baju sejuk kat hall supaya baju tu tak bau masakan, sekali tiba2 dia gi dapur dengan pakaian macam ni! tapi aku tahu yang melayan budak ni ialah daddy dia so jadi macam ni pun kerja daddy dia lah, today aby tak kerja so ni kerja orang yang dah takde kerja lah!!!


Budak berdua ni kalau dah start menyerak, memang penuh atas meja makan tu berterabur dengan barang2 diorang ni, tapi menyerak buat benda2 yang berfaedah aku tak kesah sangat!


Today nak cerita pasal rambut!
Tengoklah rambut Abang Rico tu! mak oi! kalau cicak jatuh, confirm tak sempat mengucap! mati tercacak!
Rico ni sejak2 ni asyik melawo dengan rambut dia je, gi skul dengan cuaca sejuk pun taknak pakai cover kepala semata-mata takut rambut rosak! tapi walau apa pun aku happy kalau dia happy dengan rambut dia cz rambut dia tu aku yang gunting, gaya mesti ada ek co!
Rica pulak sebok tak sabar nak tunggu rambut panjang cz dulu sebelum datang Denmark ni dia biasa berambut panjang sampai ke pinggang, masa nak datang Denmark aku terus anto gi gunting cz aku malas nak jagakan rambut dia lagi, panjang sangat, time nak gi skul aku yang kena kerjakan rambut dia, sejak rambut pendek ni dia pandai jaga rambut sendiri, lagipun kat Denmark ni kalau rambut panjang nanti kena ikat so sejuk lah! kalau rambut pendek tak payah ikat n boleh cover telinga so taklah terasa sejuk sangat!
Aku plak sejak duduk sini tekanan betul, dahlah tak gi saloon sbb saloon kat sini mahal gila, bayangkan kalau gunting je DKK 150++ (Rm80) tu belum termasuk cuci, kalau buat rambut lagi makan ribu oi! gilalah!
Sebab tu aku buat rambut time balik Mesia je, ni warna pun dah belang, adoh! sebab tu aku ikat je manjang! colour rambut dah tak lawo, belang hitam dengan perang, ahhh bosannn!!!
Aby plak rambut dia memang macam tu je lah cuma baru2 ni aku gunting rambut dia aku tukar style rambut dia sikit kasi nampak muda walau dah penuh dengan uban, hehehe!!! Gaya mesti ada!!
Rhea plak memang tak boleh buat apa2 dengan rambut dia, so biarkan panjang je lah, cuma besar nanti aku bawa gi saloon kasi tukar style rambut dia yang ala2 macam Alleycats tu!


BAHAN-BAHANNYA:

Beberapa biji telur (direbus dan dikupas kulitnya)

2 biji bawang besar (dihiris bulat)

2 biji bawang putih (dihiris)

5 biji lada hijau (dipotong serong)

3 biji lada merah (dibelah dua tanpa putus)

6-8 biji cili padi (dititik kasar) 2 s/b udang kering (dicuci dan ditoskan airnya)

1 biji tomato (dipotong2)

Sedikit belacan

Sedikit air asam jawa

Sedikit air

Sedikit minyak

Garam, gula dan perasa

CARA-CARANYA:

Telur direbus dan dikupas kulitnya. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya. Air asam dan belacan diramas-ramas didalam mangkuk dengan sedikit air, ketepikan. Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis semua bawang dan semua lada yang telah dihiris hingga layu sedikit, masukkan udang kering dan gaul rata, biarkan seketika kemudian masukkan bancuhan air asam jawa dan belacan tadi, masukkan juga garam, perasa dan gula, gaul sebatikan kemudian masukkan pula telur, biarkan kuah mendidih dan akhir sekali masukkan tomato, biarkan seketika dan tutup apinya. Masakkan ini sedap dimakan dengan nasi panas, masakkan ini memang terkenal dikalangan kaum jawa.


BAHAN-BAHANNYA:

Tempe (dipotong besar2)

Tauhu (dipotong dadu)

Sedikit ikan bilis (dicuci)

3 biji bawang merah

1 biji bawang putih (dihiris)

Sedikit air asam jawa

Sedikit air

Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

Masukkan air dan air asam jawa didalam periuk, masukkan juga bawang yang telah dihiris dan ikan bilis, tenggekkan diatas api yang sederhana hingga mendidih, kemudian masukkan pula tempe dan tauhu, biarkan seketika dan akhir sekali masukkan garam dan perasa, kacau sebatikan dan bolehlah ditutup apinya.

Masakan ini selalunya dimakan ketika dalam pantang bersalin oleh kaum jawa.

Ni hanyalah beberapa koleksi kereta aby, ni jugalah hobi dia, mengumpul kereta mewah!!!Wah! kalau orang dengar ingat laki aku kaya raya, yelah! kumpul kereta mewah! tapi bila tahu! laaa!!!kereta perhiasan, rupanya! tapi walau perhiasan, makan ratus juga kalau beli, tu baru satu pcs, yang kesiannya ada satu kotak koleksi kereta aby dia tak bawa ke Denmark ni, tinggal kat mesia! tapi takpelah, kalau bawa pun buat penuh almari cermin aku je, nanti barang2 aku nak letak kat mana plak! nak beli 3-4 almari cermin letak kat umah ni nanti takde tempat plak nak jalan dalam rumah, sempit!
Tapi kalau aby selalu beli kereta2 dia kat Denmark ni bila sampai time nak balik mesia 2 tahun lagi mau tak penuhnya rumah dengan kereta dia!!!Adooohhh!!!



Ni plak hobi terbaru aku, mengumpul perabut rumah! ha!ha!ha! ni lagi pelik! setakat mengumpul perabut orang tak hairan pun! berapa ramai orang suka kumpul perabut rumah! tapi jangan silap, perabut yang aku kumpul hanyalah perhiasan punya, barangnya kecil2 je! aku baru kumpul sikit ni cz barangnya mahal, beli 1 pcs dah berapa, selalunya aku beli satu2 cz kalau beli set2 lagilah mahal! walau macam manapun aku suka tengok perabut kecik2 ni so aku akan terus membeli untuk koleksi aku akan datang n bila dah banyak nanti aku nak beli rumahnya, ada jual khas untuk perabut ni, rumahnya kayu, besar juga tapi harganya lagilah besar, makan ribu so pelan2 lah membeli!! tapi nasib baik yang tukang membayar menyokong hobi baru aku ni so bestlah sikit ada yang menyokong dan membantuuu!!!Tunggu koleksi perabut aku akan datangggg!!!!!


Ha! ni bukan koleksi! ni hanyalah laptop yang dimiliki oleh sepasang suami isteri yang saiz badannya sama seperti laptop ni, hehehe...yg besooo tu tahulah aby punya n yang cute kecik tu aku punya, hehehe....tapi aku nak jual laptop ni, lelong!lelong!lelong! aku nak laptop yang lagi canggihlah sikit n nak laptop yang ada colour, kalau dapat nak colour pink! heee...tak sabonya!!kopak lagilah aby nampaknya, tp setelah aku bagitahu aby niat aku, aby menyokong dan bersetuju untuk belikan aku laptop baru tak lama lagi, tapi nak beli kat mesia time balik bulan feb nanti cz kat sini setelah dibuat kajian barangnya teramatlah mahalnya, so Puan Sue! bersabarlah ye! lagi dua bulan baru dapat laptop baru! ingat nak pau aby camera baru sekali, hehehe!!!apa daaa main pau2 laki ni, tak baik tau! mintak daaa!!!
Nilah kerja aku kat umah, kebosanan kalau dah melanda, segala barang yang aku nak mesti aby kena beli! atau aby kena bawa aku gi shopping atau aku gi dgn kawan2 aku untuk perabihkan duit aby yang harapnya takkan habis2 hehehe!!! untuk kawan2 ku, korang bukan ajar aku perabihkan duit laki ok jangan salah sangka!! dah memang aku punya perangai suka membeli beli beli...n nasib baik dapat laki yang suka memberi beri beri....kalau aby baca blog aku ni, tekanan je n makin banyaklah uban2 yang tersenarai dikepalanya! tulah aku nak coverkan dia taknak, nak biarkan putih! kan dah nampak macam orang tua padahal aby tu bukannya tua sangat pun! alah rambut je, keturunan!!!
Wah! baik punya cover, bodeklah tu!!!hehehe!!!! Paham cukup!




Bahan-bahannya:

  • Beberapa biji telur
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit minyak

Cara-caranya:

  • Pukul telur hingga sedikit berbuih, masukkan bawang, sedikit garam dan sedikit lada sulah, pukul lagi sebatikan. Panaskan sedikit minyak didalam kuali leper non stick, bila minyak panas masukkan telur yang telah dipukul tadi, biarkan seketika hingga bahagian bawah telur masak kemudian balikkan telur dibahagian yang belum masak, tunggu seketika sehingga telur masak sepenuhnya dan bolehlah diangkat daripada kuali, letakkan dipinggan yang leper dan bolehlah dipotong2 untuk dimakan bersama nasi panas dan lauk2 yang lain.






Hari ni aku tak dapat nak sambung tido lepas Rico n Rica gi skul, tak tahulah nape mata ni tak boleh nak lelap! selalunya lepas budak berdua tu gi skul je aku terus tarik celimut!!! hah! pastu kalau tak jejak tengahari memang tak bangunlah...kawan2 yang kat sini pun dah tahu perangai aku, diorang kalau nak cal aku atau cari aku mesti lepas tengahari, kalau tak memang jarang lah dapat hubungi aku! aby lagilah dah faham sangat dengan perangai aku ni, tapi aby memang best, kalau cuti pun dia takkan kacau aku tido sampailah aku bangun!mmm...untung jadi aku ni! hehehe!!!
Rhea plak aku tak dapat tido so aku kacau dia tido sampai dia bangun! dialah yang temankan aku sampai la ni agaknya dah tak larat sangat mata dia tu so dia tertidur sendiri kat sofa, cian budak kecik tu, sampai tertidur sendirikkk!!!!


Alah!alah!alah! tomeinya! jap lagi kuar lah air liur basi tu meleleh kat bantal nu!!!


Budak berdua ni kalau suruh posing, serah je kat diorang ni, tak payah nak ajar! Ni lah wajah2 ceria anak2 aku sebelum gi skul, today diorang ada christmas party kat skul diorang, so diorang ni kena bawa makanan yang manis2, Rica aku buatkan agar2 (jelly) n Rico aku buatkan brownies so berpartylah budak berdua tu hari ni kat skul...


Eececehh!!! Rico tu berangan nak jadi JB n Rica tu control ayu ok!!! mmmm...tak kose mak uuu!!!

Malam tadi puas aku kemas segala jenis kain! yang paling tekanan ialah kemas kain yang kecik2,adoh!
Aby plak jenis yang boleh jugaklah nak dengar kata, kalau aku cakap letak kain elok2 jangan berserak, dia akan buat tapi taklah 100% sempurna, ada jugaklah yang senget2 dan lintang pukang! dan yang paling dia tak tahu nak jaga ialah tie dia, pakai main sangkut je pastu bila nak pakai, time tulah selak menyelak cari kaler...mmm sabo je lah...
Tapi malam tadi aku dah cakap dengan aby, lepas ni kalau pakai tie gantung balik tempatnya elok2 ye Encik Joshua ku sayang!!!kroohhh!!kroohhh!!kroohhh!!! la dah tido mamat tu, buat penat aku bebel malam2 buta sorang2, yang dia sedap berdengkur n mimpi dah sampai kemana, aby2!!
Tapi walau apapun aku tetap sayang kat aby kerana dia lah hidup aku sesempurna la ni, segala apa yang aku nak, dia cuba sedaya upaya untuk berikan pada aku, kiranya aku n anak2 diutamakan dulu baru di pk pasal dia, kesiankan!!! tapi aku pun tak lah amik kesempatan, kebajikan dia pun aku jaga elok2.
La magee semangkuk!! tapi magee ni tak termasuk dalam senarai resepi tau! ni magee aku masak tengah2 malam buta setelah perut aku terasa berkeroncongan! mana taknya, menu hari ni aku makan memang menu yang tak mengenyangkan, setakat coney dog, makan pun kenyang sekejap je! so bila dah terasa lapar yang amat sangat jawabnya magee lah yang paling senang dan kejap jek bila nak masak, aku bukak 2 peket, msuk lagi 2 biji telur dan segala apa yang aku nak letak, jadilah semangkuk! hah! makanlah kau sue sampai kebeletengan!!!orang jawa cakap! orang melayu cakap, makan sampai kekenyangan!! mm..memang buruk lantak betul pompuan ni!!

Puas hati aku! aahhh!!! dah kenyang!! habis licin aku bedal magee tu, sampai rasa macam dah tak boleh nak bangun, apapun sempat posing!!! Ni Aby punya kerja!!!








BAHAN-BAHANNYA:

400g daging cincang (kisar)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
1 s/b serbuk cili
1 s/t lada hitam (dikisar)
1 s/b dried oregano
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
Roti hot dog / Sosej
Mayonis
Cili sos
Garam, perasa dan gula

CARA-CARANYA:

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan serbuk cili, gaul sebatikan kemudian masukkan daging cincang, gaul hingga daging masak, masukkan sos tomato, air, lada hitam, dried oregano, garam, perasa, dan gula, gaul lagi hingga sebati dan pekat, bolehlah dimatikan apinya. Rebus air didalam periuk, bila air mendidih masukkan sosej dan tutup apinya, biarkan seketika, kemudian angkat sosej dan toskan.
Belah roti dibahagian tengahnya, masukkan sosej, tuangkan sos daging keatas sosej dan letakkan sedikit mayonis dan cili sos jika mahu, kemudian bolehlah dihidangkan.
Hari ni Aby balik kerja bawa balik present lagi, Wah! sonok lah macam ni asik dapat present jek! Kat mesia dulu kalau christmas dapat present 1-2 je tp kat Denmark ni dah berapa kali dapat, nak sampaikan ke christmas nanti mesti dapat lagi....



Apa lagi kalau bukan coklat dalam present tadi, mmm..gemuk lah kalau selalu dapat coklat! tapi aku ni makan berapa banyak coklat pun memang susah nak gemuk tapi Aby memang cepat gemuk kalau makan coklat so coklat ni untuk anak2 dia je bukan daddynya!



Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin