Aku, Aya n Rico





Wah bukan main busy ye memunggah barang!!sampai tak cukup2 trolley nak disumbatnya!!!buruk perangai betul kalau gi shopping!!!beli barang macam dah takde hari lain!!!!!


Dalam pada bz memunggah barang sempat jugak aku posing!!!hehehe.........
Dah kenapalah dgn anak aku berdua ni, yg seorang merempit ala2 superman, yg seorang bertenggek tumpang sekaki, patah pinggang kakak tu oi!!!!


Hah! lawo sangat lah muka macam tu! dua2 nak terbang! zzzuuummmmmmm..........
Syahdu btl bila tengok budak kecik ni.
Teringat daddy eh!!!!
Cian dia!!!
Ni lah wajah2 kerinduan seorang anak kepada daddynya yg sekarang berada di France!


Tergolek sana, tergolek sini serba tak kena, diam je!!!bila tanya?



Dia jawab"TATTY TAK'TE"!!!!!
Adoh! tekanan!!!!!


"Tatty! eya lindu tatty!!!!
Alah rico plak nak manja2 dgn adik dia, patutnya adik dia yg manja2 dgn dia!!!!Cian adik dia yg kecik tu terselit!!!!



Sayang abang, mmuaaahhhh!!!!





Aksi2 menarik anak2 dara aku berjoget, yg kecik tu ikut je apa yg kakak dia buat!!!!



Yang ni aksi rempit atas sofa, yg kecik tu bukan main pegang lg, konon kakak dia rempit laju! tu yg pegang bagai nak rak!!!





BAHAN-BAHANNYA:
  • Budu (botol)
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 3 biji cili hijau - dihiris
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • 5 biji cili padi - dititik, jika mahu pedas)
  • Perahan air limau
CARA-CARANYA:
  • Potong bawang besar, cili hijau, cili merah dan cili padi, tuangkan budu didalam mangkuk dan campurkan kesemua bahan dan perahan air limau, gaul sebatikan. Budu sedap dimakan bersama dgn ulam-ulaman seperti kacang panjang, timun dan lain2...

Jajarkan ke TengahCam rabbit jewww...

Ala cian budak ni! hari ni mood dia macam ni lah! Takde mood manjang....main pun macam nak taknak je! dia tak lah cakap nak daddy dia tp aku tahu dia cari seseorang yang rapat dgn dia, Rhea ni memang mcm tu, kalau daddy dia takde sehari pun dia blh demam, harap minggu ni dia tak apa2 lah, cz hari tu masa daddy dia gi Litvia, dia demam!



Alah!!!sedeynya muka!!!






Mummy ok je!!! ececehhh!!!!!





Buat tatapan daddy yg berada di France....Daripada: Rico, Rica n Rhea...






BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 bungkus spaghetti (direbus dan ditoskan)
  • 2 tin corned beef
  • 1 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji cili hijau (dihiris nipis)
  • 1/2 mangkuk daun ketumbar (dihiris)
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Panaskan sedikit minyak zaitun dikuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu, masukkan corned beef, hancur-hancurkan dagingnya sehingga lembut, gaul rata dan masukkan lada sulah, garam dan perasa, biarkan hingga corned beef hampir kering, masukkan spaghetti dan daun ketumbar, gaul sehingga semua bahan sebati dan rata, bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan.
Alah sedeylah!!!pagi tadi aby dah bertolak ke France selama 4 hari atas urusan kerja, haritu baru blk drp Litvia, ni kena gi France plak, lepas ni dia kena gi mana lg tah...tp memang kena travel lah, bln feb je best, dia kena gi spore so aku blh ikut balik mesia, dah dekat, kalau gi tmpt mcm ni aku tak blh ikut, budak skul lg,mmm...
4 hari aby takde, ahhh bosan takde kawan nak gaduhhhh!!!!!!!!alah bukan gaduh apa, gaduh2 manjaaa...
Aku dah biasa jg kena tinggal kalau aby travel oversea mana2 tp tu masa kat mesia, taklah terasa sangat cz dekat dgn mak aby atau balik jb umah mak, ni jauh2 mcm ni mana nak gi, ada takde dok je lah dlm umah anak-beranak! kat Denmark ni tak mcm kat mesia, takut aku nak kuar kalau aby takde! walau org2 nya baik2 tp tempatnya asing bg aku, lainlah kalau kat mesia tu, semua tempat yg boleh shopping aku terokai pi perabih duit aby!!!
Tp yg bestnya kalau aby travel mcm ni nanti time balik ada je barang yg dibelinya, semua mesti dapat barang!!!paling takde pun kalau tak sempat nak beli, coklat mesti dia beli cz anak2 dia ni semua hantu coklat!
B, kalau u baca blog i ni belikan i yang best2 eh! tapi kalau sempat lah, tahu dia gi atas urusan kerja, kalau sempat lah merayap!!!jgn lupa wife dia ni punya barang!!!!kalau tak sempat beli takpe! asal balik dengan selamat dan selamat sampai rumah, tp kalau dapat beli lg bagus!!!hehehe....teruk betul perangai kebendaan aku ni!!!!!tp aby dah faham sangat perangai buruk wife dia ni!!!
Mmmmm... today aby takde, apa menu utk hari ni yek! mcm malas je nak buat apa2, si rica teringin nak makan budu, aku dah janji dengan dia kalau nak makan budu tunggu daddy takde, cz daddy tak suka bau budu tu, ni daddy takde nanti dia menagih lah janji tu!!!! apa kena lah dgn anak aku seorang tu, suka mkn makanan kampung, pelik aku, kadang apa yg dia nak makan tu aku pun tak makan, tekenan sapalah agaknya?cencalok, belacan, tempoyak, petai, jering dan segala ulam2 semua dia bedal, yg abang dia plak tekak mcm org putih, makanan dia pizza, burger, steak, tah apa2 lg yg western food semua dia suka, kalau kat mesia tu asik bedal KFC atau MCD je manjang, dia plak satu geng dgn daddy, tp daddy ok sikit, nak jg mkn nasi, ni kalau kena paksa mkn nasi, muka siaplah mcm lembu pencennn...yg teruknya aku ni lah! hari2 kena masak makanan yg berbeza-beza, penat oiii tp nasib baik mummy dia ni nak buat jg, kena dekat mesia, pakai beli je semua, nasib korang lah!!!






Seronok tengok anak2 main sesama!! tp kena time mood diorang tak baik, kerja nak bergaduh je adik beradik, pening kepala otak aku!! kadang aku plak yang jadi referee...



Bukan main lagi si Rhea ni, suka sangat duduk atas meja, dia ni selalu kacau abang dgn kakak dia main, kadang sampai kakak dia nangis kena kacau dengan si Rhea ni, kadang tu dia pukul kakak dia lah, kadang kena tarik rambut lah, tak padan kecik tapi dibulinya kakak dia, Rico jarang kena buli cz Rhea ni selalu sayang sikit nak sakitkan abang dia, tp kalau dgn Rica memang selalu kena lepuk lah...Nape tah!!jelous kot!!!Maklomlah budak pompuan, kadang tu apa yg daddy dia belikan utk Rica, mesti rhea nak jugak! sampai selalunya kakak dia mengalah kasi dia main dulu, pastu dah rosak baru dia kasi rica! Noty tau budak kecik tu!!mentang-mentang anak koret dia ingat dia boleh buat sesuka hati, selalunya dia kena jg dengan aku, ingat dapat manja2 tapi time noty memang kena jg! dgn daddy dia bolehlah dia auta! dgn mummy dia, hah! terima je lah hakikat yg mummy dia ni garang macam singa!!!tu belum aku menjerit macam mak tarzan!!!!Satu Copenhagen ni boleh dengar!!





Hari ni aby balik kerja bawa balik present lagi, kali ni pun company jg yang kasi, tah bape kali company nak kasi ye!! takpelah kasi lagi banyak2 pun takpe! Dah nak xmas ni memang banyak dapat present.



Dalam present tadi ni lah dalamnya, sekotak coklat Anthon Berg, kalau kat Denmark ni, coklat ni kira mahal lah jugak, nak2 kotak yang besar, lagilah mahal!!!





Ni lah budak yang selalu kalau aku kat dapur dia mesti nak bertenggek kat cabinet dapur ni n selongkar semua makanan yang ada kat atas ni...



Kononnya belajar lah tp semua ditekannya, dah macam2 bunyi yang keluar drp cmptr daddy dia, nasib baik tak kacau aku punya, sori ye Rhea, mummy punya cmptr mummy letak tinggi2!!!



Tengok tu! ye ye ooo jer......








BAHAN-BAHANNYA:
Udang basah(saiz besar)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 s/b pes cili
3 s/b yoghurt Tomato (dipotong dadu)
Garam, perasa dan gula
Sedikit air
Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga garing, masukkan pes cili dan sedikit air, gaul hingga hampir kering dan masukkan udang yang telah dibersihkan terlebih dahulu, kemudian gaul sebati, tunggu hingga udang hampir masak dan masukkan yoghurt, kacau rata, masukkan garam,perasa dan gula, akhir sekali masukkan tomato, biar seketika dan boleh lah ditutup api.



Bahan-bahannya:
  • Beras dicuci bersih
  • 4 s/b yoghurt
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
Cara-caranya:
  • Cuci beras dan masukkan dalam periuk, masukkan yogurt, sedikit garam dan air secukupnya, masak seperti masak nasi biasa, bila nasi hampir masak, gaul sebatikan dan biarkan masak sepenuhnya, bila nasi masak bolehlah dihidang dengan berbagai lauk.
''SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA"
Untuk seluruh keluarga dan kenalan yg berada di Malaysia, juga semua kawan2 yg berada di Denmark...
Salam aidiladha dari aku sekeluarga.


RHEA ALICIA





Ni Sue jg nama dia, ni lah isteri Fauzi, tuan rumah yg buat open house, dia ni kecik je, kerjanya ketawa je! orangnya happy go lucky...



Ni Aya, kawan baik aku, dia ni ratu shopping, kalau kat denmark ni cakap je tempat mana yg bagus untuk shopping semua dia tahu, ni balik open house ni adalah tempat dia nak pi perabihkan duit laki dia tu!!!



Ni plak namanya Jah, dia ni geng jawa aku kat denmark ni, orangnya memanglah baik, aku suka dengan jah ni, orangnya tenang je, dia ni umur sama dengan aku, anak pun tiga jg, ni lah kawan2 aku yg menceriakan hidup aku kat sini.



Ni plak namanya Lin, orang spore, Lin ni punyalah teror buat kuih talam, segala kuih talam kalau dia buat memang susah orang nak lawan, sedap giler...tu blm kuih2 yang lain, bak kata segala kuih muih dialah yang teror buat, selalu kalau kuih yang dia buat mesti licin dulu, tah apalah yang dia letak kat kuih dia ek!!!



Ni anak kawan aku, anak Jah, nama dia atiqah, budaknya memang ceriwisss..comel dan putih melepak macam mak dia, hari ni dia datang rumah fauzi dengan mak dia je cz bapak dia jaga kakak dan abang dia tak berapa sehat.



Ni biasalah muka dia je banyak kat blog ni, anak koret kesayangan aku, hari ni dia pergi rumah orang dengan perangai yang baik, tak banyak ragam, dia buat hal sendiri n berkepit dengan fauzi je manjang...




Ni bukan dia yang panjat ye! tapi si fauzi yang tenggekkan dia kat tingkap tu!



Ni lah fauzi, tuan rumah yang buat open house tu, dengan dia lah si rhea ni asik berkepit je! lagi pun si fauzi suka dgn budak2, maklomlah orang takde anak kecik, anak dia seorang je, tu pun dah besar sebaya dgn anak aku,rica 8 tahun umurnya. Bila lagi ye si fauzi ni nak tambah anak lagi, asik main2 dgn anak orang je, tambah lah lagi poji oi!!!



Ni plak anak n bapak sedondon pakai baju raya, penat beraya baby ni sampai terselit tido bawah tiak bapak dia, danish nama baby ni, keletah betul! dah lah tak takut dgn orang, semua orang dia nak ikut dan satu rumah orang dia meround, ni dah kepenatan lah tu!!!tp cute kan!!!



Ni anak bujang aku yg dikelilingi dgn anak2 dara, tah apa yg di autakan si rico sampai anak2 dara ni terperdaya...hehehe...




Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin