Wahhh!!!dah malam2 ni bermesra plak ye!tengoklah muka aku yang berminyak-minyak tu, biasalah dah malam2 kenalah pakai cream, duduk kat denmark ni kena cuaca sejuk, abis semua kulit mengelupas, lebih2 lagi kulit muka, tp yang peliknya kenapa aby punya kulit tak mengelupas eh! tp makin banyak keluar uban, hehehe...agaknya yang keluar uban tu akibat tekanan dengan aku sebab asik nak shopping je...alah!! dah memang dapat wife macam ni, so terima je lah seadanya ye Mr Joshua! walau apa pun aku tahu aby tetap sayangkan aku sampai tercabut nyawa dan cintakan aku sampai separuh sooottt....ekekekk perasan lah pulak!!!Semoga tuhan beri sepenuh kebahagiaan kepada rumahtangga aku dan merahmati kami semua,amin...







Bahan-bahannya:
  • 4 cawan beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Bahan tumis:
  • 1/2 inci halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit kismis
Cara-caranya:
  • Cuci beras dan rendamkan selama 10 minit dan toskan.
  • Hiris nipis2 halia dan mayang bawang besar dan bawang putih.
  • Panaskan periuk (guna periuk rice cooker) masukkan minyak sapi,bila minyak sapi cair, tumiskan semua bahan tumis hingga wangi, masukkan beras dan gaul rata, masukkan air, kiub ayam dan daun pandan, gaul sebatikan dan letakkan periuk pada rice cooker dan biarkan nasi masak.
  • Bila nasi masak, titiskan beberapa titik pewarna untuk setiap warna di tempat yang berasingan pada nasi, biarkan seketika dan gembur2 kan nasi supaya warna bercampur, akhir sekali taburkan bawang goreng dan kismis, bolehlah dihidang dengan lauk.


BAHAN-BAHANNYA:

  • Telur
  • Air panasmendidih
  • Sedikit kicap masin (cair)
  • Sedikit lada sulah
  • Beberapa keping roti
CARA-CARANYA:

  • Masukkan telur didalam tupperware rebus telur (khas untuk half boiled egg)
  • Tuangkan air panas mendidih dan biarkan air susut dan habis, pecahkan telur didalam mangkuk, letakkan sedikit kicap dan lada sulah, koyakkan roti kecil2 dan letakkan didalam telur tadi dan gaul sebatikan dengan telur, bila semuanya dah bercampur, bolehlah dimakan.

Kaki sapa lah ni ye!!berselubung sekali,sejukkk!!!!



Ni lah muka orang baru lepas mandi,sejuk2 pun kena mandi,mana taknya,badan bau masakkan...tak selesa langsung,walau ada heater n mandi air panas tp lepas mandi tu kena angin2 pun sejuk juga,lagipun aby ada kat umah,hari ni tak kerja,cuti so kenalah wangi2,hehehe...




Seronok ye rico,time cuti2 macam ni boleh main game,kalau tak,duduk lah dekat meja makan nu mengadap buku 24 jam,tu lah sapa suruh malas buat homework,kan dah kena denda dengan daddy,selama sebulan si rico ni tak boleh main,tengok tv n main game! ni dah terlepas seksaan! harap si rico ni serik dan dapat pengajaran daripada kesalahan yg dia dah buat,padan muka!!!



Si rica ni plak 24 jam main game,tp walau macam mana pun dia ni rajin buat homework,rajin bukak buku,time belajar dia buat betul2 tp time main dia main cukup2,dia ni pandai bodek n ambil hati,sebab tu nasib dia selalu baik,kalau suruh apa2 kira boleh diharap lah,kadang aku suruh tolong kat dapur dia suka juga nak tolong,tak macam aku masa kecik2 dulu,pemalasss...semua kerja mak aku yang buat,anak manja lah katakan,tak boleh nak salahkan aku,hehehe....Alhamdulillah anak aku tak ikut perangai aku...lagipun diorang tu tahu mummy dia ni garang macam singa,so nasib korang lah ye!!!


Tadi aku dapat berita dari mesia,anak saudara aku punya wife dah beranak,dapat anak LELAKI,alhamdulillah...untung dia dapat anak sepasang dah...wahh!!!cetak baik nampaknya ye!!Tahniah aku ucapkan,so kepada anak2 saudara aku yg lain yg dah berlaki dan berbini tu,tambah2 lah lagi keturunan,biar berderet-deret anak,cucu,cicit atok tu...meriah sikit!!!!!!!!
Tapi si ceqmoon tu tak payah lah cz anak baru dua tp nak korek hidung pun dah tak sempat,ni kalau tambah lagi,tah apa lg yang tak sempat nak korek!hehehe....





Sejuk2 duduk empet2 memang hangat je rasa,tp dalam hangat2 si rica tu sekali terlepas(putsss) jd hangit plak!!!



Alah si rhea tu menyelit je!!!pandai cari tempat hangat yg hangit tu!!!






Bahan-bahannya:

2 biji cili hijau

2 biji cili merah

Beberapa biji cili padi(jika mahu pedas)

6 biji bawang merah

Sedikit ikan bilis

Sedikit belacan(jika suka)

Sedikit Perasa

Cara-caranya:

Cili hijau, cili merah, dan bawang dipotong besar2.

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing dan angkat, kemudian goreng pula cili merah, cili hijau, cili padi dan bawang merah hingga layu dan bolehlah di angkat, belacan dibakar. Mula2 tumbuk cili hijau, cili merah, cili padi dan bawang, kemudian masukkan belacan dan tumbuk seketika, akhir sekali masukkan ikan bilis dan tumbuk sekejap saja supaya ikan bilis tak terlalu hancur, letak sedikit perasa, gaul sebatikan dan bolehlah dimakan, sedap dimakan bersama nasi panas dan masak sayur air, atau pencicah pada ubi rebus.




Pagi td aby nak gi keje tp si rhea tak lepaskan,kejenya nak berkepit je dgn daddy dia,dah kenapalah dengan budak ni,yg daddy dia plak dah tak sampai hati nak gi tp aku kata jgn layan sangat....



lepas daddy dia gi keje dia merengek jap tp aku kasi susu dia ok siap joget2 lg tengok kartun pororo,kartun fabourite dia tu...kartun danish...


joget dek!!!joget!!!



penuh perasaan ni!!!






Aby lepas balik kerja,muka keletihan tp sempat senyum ni,nak amik gambo punya pasal kan!!!



Sedapnya makan ye rico & rica...berselera nampaknya...soru jgn tak soru!!!



BAHAN-BAHANNYA:

Ayam (dipotong kecil2)

1 biji telur

4 s/b susu segar

Sedikit tepung goreng

ayam 1 biji bawang besar (dipotong dadu)

1 cm halia (diracik)

3 biji bawang putih (diracik)

2 biji cili merah (dipotong bulat2)

2 biji cili hijau (dipotong bulat2)

5 s/b sos cili

6 s/b sos tomato

2 s/b perahan limau (ambil jusnya)

2 biji tomato (dipotong dadu)

Garam, perasa dan gula

CARA-CARANYA:

Panaskan minyak, pukul telur bersama susu segar, dan celupkan ayam kedalam bancuhan telur tadi, celupkan pula ayam didalam tepung dan gorengkan ayam hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan pula sos cili, sos tomato, jus limau, cili merah/hijau dan sedikit air, gaul sebatikan, masukkan garam,perasa dan gula, gaul seketika dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi, sebatikan dan akhir sekali masukkan tomato, biarkan beberapa minit dan bolehlah tutup api.


Bahan-bahannya:
  • Beras (dicuci dan toskan airnya)
  • 2 s/b majerin
  • 4 cawan susu segar
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
Cara-caranya:
  • Panaskan periuk, guna periuk rice cooker dan tenggekkan diatas dapur, masukkan majerin, bila majerin cair, masukkan daun pandan, kemudian bila dah naik bau, masukkan beras dan gaul sebatikan majerin dengan beras, masukkan pula susu segar, air dan sedikit garam, alihkan periuk kedalam rice cooker dan tutup periuk, biarkan hingga nasi hampir kering dan bahcuhkan serbuk kunyit dengan sedikit air dan tuangkan kedalam nasi tadi, gaul ratakan warna kunyit dengan nasi td supaya warnanya sama, tutup kembali penutup periuk dan biarkan nasi masak sepenuhnya, bila nasi masak bolehlah dihidangkan dengan lauk.





Tadi aku dapat kad jemputan daripada relative aby,jemputan kahwin!!!tp jemputannya kat mesia,so tak dapat lah nak hadirkan diri,Aby suruh family dia yg pergi tu kirim je lah...





Alah2! anak koretku yg tersayang ni,baik dia hari ni tau!tak banyak ragam,dok main dengan kakak je,main tulis2 tp abis alas meja aku kena pensil,bagai nak rak aku kesat tp tak berapa nak hilang,jawapnya kena beli alas baru yek! aby! jangan tekanan ye,anak u punya kerja so kenalah ganti! n gantinya kena double,ekekekkkk!!!!Hari ni aby tak kerja so best sikit lah kat umah aku adalah kawan nak gaduh! hari ni aku masak nasi kunyit dgn ayam masak masam manis(sweet & sour chicken),sejuk2 ni dapat makan macam tu berseleralah sikit,aby makan punyalah banyak,berseleralah gaknya,budak2 pun aku tengok laju je telan,sedap kot!!!hehehe perasan lah pulak!!!alah sapa lagi nak puji,isi bakul angkat sendirilah!!!!!!!!!!!!!




Seronoknya budak2 ni main snow!Tak reti sejuk gaknya!aku pelawa je nak main snow!terus je nak dan tak sabo2,dekat 1 jam jg diorang main tp aku suruh cepat2 masuk rumah sebab aku tengok muka diorang dah merah!Yg bapaknya pun tumpang main juga,siap baling2 lagi!aku takde lah!mintak ampooonn!!!duduk memerhatikankan dalam rumah sambil diselubungi celimut(selimut) ggrrrr...Sejukkk!!!!
Tapi ni gambar hari tu masa snow turun lebat sikit dan penuh kat belakang rumah,semalam snow turun juga tp snow ala2 pondan bak kata kawan aku, dilla.Aku memang suka time snow turun,pemandangannya memang cantik cuma yg tak bestnya,sejoooookkkkkk!!!!!!!!!!!!!!


BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 ekor ikan sepat masin (direndam dan dibersihkan)
  • 5 biji bawang merah
  • 4 batang cili merah
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • Beberapa keping potongan nenas
  • 2-3 keping asam gelugor
  • Daun kunyit(dihiris)
  • Sedikit perasa
CARA-CARANYA:
  • Kisar bawang merah, halia, kunyit, cili merah dan belacan, masukkan bahan blend dalam periuk, tambahkan air, masukkan ikan sepat masin kedalam periuk, masukkan juga asam gelugor dan letakkan periuk atas api yang sederhana, bila menggelegak, masukkan nenas dan daun kunyit, letakkan serbuk perasa, bila nenas layu bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:

6 biji telur (direbus)

10 ekor udang (saiz besar)

2 biji kentang (dibelah 4)

2 biji tomato (dibelah 4)

1 biji bawang besar (dibelah2)

1 cm halia (diracik)

2 biji bawang putih (diracik)

2 batang cili hijau/merah (dibelah 2)

3 s/b rempah kurma (jadikan pes)

Santan kelapa secukupnya

Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia, bawang besar dan pes kurma hingga garing, masukkan sedikit air dan kentang, kacau sebatikan dan masukkan santan, biar hingga kentang empuk, masukkan pula udang, bila udang betukar warna (merah), masukkan pula telur, cili hijau, garam dan perasa, sebatikan dan akhir sekali masukkan tomato, biar seketika dan tutupkan api.


Bahan-bahannya:

3 ekor ketam(dipotong dan dibersihkan)
1 cm halia(diketuk)
8 biji bawang merah (ditumbuk)
4 biji bawang putih (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
1 s/k lada hitam (ditumbuk)
Sedikit daun kari
3 s/b tempah kari ketam (dijadikan pes)
2 s/b serbuk cili (dijadikan pes)
1 s/b serbuk garam masala
2 s/b yogurt (tairu)
Garam dan perasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:

Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga garing,masukkan pes kari dan pes cili,tumis lg hingga garing,masukkan sedikir air,masukkan lada hitam dan garam masala,sebatikan,masuk pula halia,serai dan daun kari,biarkan seketika masukkan pula yogurt,kacau rata masukkan ketam dan gaul sebatikan rempah dengan ketam,jika terlalu kering tambahkan sedikit saja air,dan akhir sekali masukkan garam dan perasa,sebatikan dan tunggu hingga ketam masak,bolehlah ditutup api.

Bahan-bahannya:
  • Beras dicuci dan ditoskan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 helai daun pandan(disimpul)
  • 2 s/b majerin
  • 1/2 mangkuk bawang goreng
  • Sedikit garam
Cara-caranya:
  • Panaskan periuk, guna periuk rice cooker, letakkan majerin dan bila majerin cair masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan, kacau hingga naik bau, masukkan beras, gaul sebatikan dan masukkan air dan sedikit garam, alihkan periuk di rice cooker ,bila nasi hampir masak, taburkan bawang goreng dan gaul sebatikan, tutup semula periuk dan biarkan nasi betul2 masak.



Bahan-bahannya:
  • Mee kuning
  • 2 ekor sotong (dipotong2)
  • Beberapa ekor udang basah (dibuang kulitnya)
  • 10 biji fish ball (dihiris)
  • 3 pokok sawi (ambil daun saja)
  • Sedikit tauge
  • 1/2 batang carrot (dipotong bulat2)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 s/b pes cili
  • 2 s/b sos tiram
  • 3 s/b sos tomato
  • 1 s/b kicap pekat
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • Air panas secukupnya
  • Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan pes cili kering, tumis hingga garing, masukkan udang dan sotong, kacau rata masukkan pula sos tiram, sos tomato dan kicap pekat, tuangkan air panas separa mee supaya menjadi kuah dan biarkan mengelegak, masuk garam, perasa dan sedikit gula, gaul sebati, masuk fish ball, carrot dan cili merah, masuk mee kuning atau spaghetti, gaul sebatikan, dan akhir sekali masukkan sawi, biar 4 minit, tutup api dan masukkan tauge serta tomato, gaul rata dan bolehlah dihidang.


Tangan aku terjius air panas tp tak lah teruk sangat!saje nak buat gempak!!!!merahnya pun sikit jer ala2 nmpk dgn tak nmpk!tp kat dlm gambar ni memang tak berapa nak nampak!tp peritnya masaallah...
Selalu kalau kat mesia mak aku cakap kalau kena air panas letak colgate atau butter so aku pun letaklah jg utk hilangkan rasa perit ni.
Makkk!!!oleh kerana aku anak manja mak aku,jap lg aku akan cal mak nak mengadu!mesti sapa yg baca blog aku ni akan myampah!sikit punya hal pun nak cakap mak!!!!
Tapi kan''AKU PUNYA SUKALAH!!!''
Jangan mara ha!!!
Alah aku ni memang macam ni,tak tahu lah nape telebih manja dgn mak!nak2 dah duduk jauh ni,cerita besar kuman pun kalau boleh nak report kat dia!yg dia plak kalau seminggu tak 2-3 kali cal,siaplah dia akan pk yg bukan2!tp tu tandanya dia selalu ingat kat aku walaupun dia kat mesia tu dikelilingi oleh cucu2 dan cicit2nya tp dia tetap selalu ingat kat anak manja dia ni!!!
Rindu lah,lg 2 bulan nak balik mesia,lama betul rasanya,menghitung hari aku kat sini,lagi aku kira lg lama rasanya.
Aku dgn mak aku ni macam bercinta je!sehari tak tengok gambar rasa ada yg kurang!asal teringat je terus cal!bil tak payah cakap lah!!!aby aje yg tahu!!!
Kalau cerita pasal dia,malam tidur mesti mimpi2 dia,kadang rasa macam tak tentu arah bila teringat kat dia,nangis tak payah cakap lah,aby je yg tahu macam mana perasaan aku bila rindu kat mak!!!!
Aku ni selagi terdaya dan mampu,aku akan sedaya upaya membahagiakan mak aku kerana setiap pengorbanan mak tu memang tak ternilai!aku nak dia bahagia dan gembira sentiasa,aku nak dia sentiasa sayang dan ingat pada aku.
Mak!!!rindu ni!!!!




Ni memang anak bapak,kat mana2 pun berkepit je manjang,pendek kata aku jaga dia time aby takde je tp bila aby ada memang dia ikut aby je melainkan dia pupu,nak susu atau time sakit,tapi selebihnya memang
dgn aby,ramai jg orang tanya macam mana dia asik dgn bapak dia je n tak menyusahkan aku,Ntahlah!sejak lahir dia dah memang macam tu,bukan dia tak rapat dgn aku cuma dengan aby tu dia terlebih sikit.Tapi aku kalau nak buat apa2 memang senang cz dia memang jarang kacau aku sama ada aku kat dapur atau tengah tido,senang lah jaga rhea ni,yg bestnya kalau aku tidur dia pun ikut tidur jg kadang aku dah bangun dia tak bangun2 lagi,lawan tauke!!!
Malam tidur memang tak pernah mintak susu,dia akan terus tido sampai esok tengahari baru bangun!
Pastu yg bestnya kalau nangis tak lah tejerit-jerit macam anak dilla(alissya) bagai nak pecah gegendang telinga aku kalau alissya menangis,sebab tu kot mak dia punya pendengaran ada terjejas!!!dilla kau jgn tekanan k!!!
Alah aku gurau je!alissya tu macam baby2 yg lain jg,nangis secara normal,yg tak nampak normalnya anak aku,ada ke nangis macam bunyi kucing tersepit,bunyi sikit tp airmata keluar macam air paip!!!
Spesis apa lah anak JOSHUA ni yek!!!





BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg daging (dipotong nipis dan direbus dengan pewarna merah)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dititik)
  • Sedikit halia (dihiris)
  • Capsicum (dipotong2)
  • Sayur-sayuran ikut citarasa sendiri
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit air
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, letakkan sedikit air, masukkan pula daging yg telah direbus bersama pewarna merah td, pastikan daging direbus dan ditoskan airnya dulu, masak hingga sebati, masukkan capsicum dan sayur-sayuran, perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula, gaul sebati dan bolehlah ditutup api.


BAHAN-BAHANNYA:
  • UNTUK NASI GORENG:
  • Nasi sejuk secukupnya
  • Sedikit jagung dlm tin
  • Sedikit kacang pis
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 biji bawang putih (dicincang)
  • 1 s/b majerin
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Panaskan majerin,tumiskan bawang besar san bawang putih hingga naik bau,masukkan pula jagung dan kacang pis,gaul sebatikan dan masukkan garam dan perasa,akhir sekali masukkan nasi sejuk,gaul rata dan tutup apinya.
  • BAHAN UNTUK PAPRIK:
  • Sedikit daging yg telah ditebus (dipotong nipis)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (dimayang)
  • Sedikit capsicum (dipotong memanjang)
  • Sedikit jagung muda (dipotong2)
  • Kacang panjang (dipotong panjang)
  • Carrot (dipotong nipis)
  • Kacang papan
  • 2 s/b sos cili
  • 1 s/b sos tomato
  • 3 s/b sos tiram
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga naik bau,masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram,letak sedikit air dan masukkan daging,garam,perasa dan sedikit gula,masukkan pula capsicum dan semua sayur-sayuran,tunggu hingga sayur masak dan bolehlah ditutup api.
  • BAHAN-BAHAN LAIN:
  • 2 biji sosej (sausages) digoreng
  • Telur di goreng
  • CARA MENGHIDANGKAN:
  • Ambil sedikit nasi goreng, letakkan di pinggan, letakkan juga sedikit paprik, telur goreng dan sosej, kemudian bolehlah dihidang, sedap dimakan bersama tom yam gung.

.





Bahan-bahannya:
  • Roti sandwich secukupnya
  • Daging cincang
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 biji bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 s/b mayonis
  • 2 s/b majerin
  • 1 biji cili merah (dicincang)
  • 1 biji cili hijau (dicincang)
  • 2 biji telur
  • 5o ml susu segar
  • Sedikit mozarella cheese
  • Sedikit daun sup (diracik halus)
  • Garam dan perasa
Cara-caranya:
  • Cairkan majerin dan tumis bawang sampai naik bau, kemudian masukkan daging cincang, kacau rata dan tunggu hingga daging masak, kemudian masukkan pula cili, lada sulah, cheese, mayonis, garam dan perasa gaul sebati, tutup api dan tabur daun sup.
  • Sapu mayonis pada roti, letak inti daging dan tutup dengan roti lagi satu.
  • Dibekas lain pukul telur bersama dengan susu segar dan celupkan roti yang telah diisi inti tadi, goreng dengan sedikit minyak atau majerin pada kuali leper, masak hingga kekuningan dan perang, angkat dan toskan, buat proses yang sama hingga habis.


BAHAN-BAHANNYA:


  • Beberapa keping roti canai segera (yang frozen ada jual kat kedai)
  • 3 biji kentang (dipotong dadu kecil2)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 s/b serbuk kari
  • 1 s/b serbuk cili
  • Beberapa helai daun kari
  • Sedikit air asam jawa
  • Santan secukupnya
  • Garam, gula dan perasa
  • Sedikit minyak utk menumis

CARA-CARANYA:

  • Tumbuk bawang merah, putih dan halia, panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari, masukkan jg serbuk kari dan serbuk cili, gaul seketika masukkan air asam jawa, kacau hingga kering dan masukkan kentang, kacau supaya rempahnya sebati dengan kentang dan masukkan santan, bila mengelegak masukkan garam, gula dan perasa, masak hingga kentang lembut dan kuah hampir kering bolehlah ditutup api.
  • Hidangkan bersama roti canai segera.

La!!!anak sapa lah ni gelojoh betul makan!!!!anak Mr joshua nu!budak ni tak leh bawa gi majlis!


Malam2 yg sejuk ni snow plak keluar!lg lah sejuk!Kesian yg isteri2 nya yg lakinya tiada dirumah,dah tentulah kesejukkan!!!


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 s/b ketumbar
  • 1 s/b jintan halus
  • 1 s/t lada hitam
  • 1 s/t biji sawi
  • 1 s/t alba
  • 1/2 s/t serbuk kunyit
  • 2 tangkai cili kering (dipotong dua)
  • 2 biji bawang putih (dititik)
  • 1 biji tomato (dibelah dua)
  • 1 tangkai daun kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk lada hitam, jintan halus dan ketumbar, masukkan dalam periuk kecil, tuangkan pula air asam jawa kedalam periuk tadi, masukkan juga lada kering, daun kari, serbuk kunyit, alba, biji sawi dan bawang putih dan masakkan diatas api yg sederhana, bila menggelegak masukkan pula tomato, garam dan perasa, biar seketika dan bolehlah tutup apinya.

BAHAN-BAHANNYA:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

1/2 cawan gula kastor

1/3 cawan minyak masak

1/2 cawan susu segar

3 biji pisang (dilecek)

1 biji telur

Kertas cup (paper cup)

CARA-CARANYA:

Masukkan pisang yg telah di lilecek, gula, telur, minyak, susu didalam mangkuk besar, kacau sebatikan, masukkan pula tepung dan gaul menggunakan garfu, gaul hingga sebati tapi jangan terlalu lama, masukkan adunan sedikit kedalam kertas cup dan susun didalam dulang pembakar (dulang untuk muffin) bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit.

Aby balik kerja td bawa kotak punyalah beso!rupanya tu lah christmas present daripada company aby kasi,dalamnya takdelah menarik sangat,jajan2 jek! dan 2 biji mangkuk,yg lain tu hanya yg satu company dgn laki aku je yg tahu,malas nak cerita panjang....
Kalau kat mesia dapat yg boleh digunakan tp ni dekat negara orang putih,dapat pun style orang putih,apa nak buat!!!!





BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 s/t esen vanilla
CARA-CARANYA:

Untuk puding:
  • Campurkan tepung jagung, 4 cawan air, 1/2 susu pekat dan 1/2 gula didalam periuk, masak diatas api sederhana, kacau hingga pekat dan berkilat, tutup api dan tuangkan di acuan, biarkan sejuk dan masukkan didalam peti sejuk.
Untuk kuahnya:
  • 1 tin susu cair dimasak dengan 1 cawan air, 1 cawan gula dan esen vanilla, masak hingga gula larut, padamkan api dan sejukkan, masukkan di peti sejuk, enak dimakan ketika sejuk.





BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • 1 tin jagung (krim)
  • 5 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau (Emulco perisa pandan)
CARA-CARANYA:
  • Blend jagung (jgn hancur sangat) kemudian campurkan semua bahan kecuali pewarna hijau, kacau sebati masak diatas api sederhana, kacau hingga berkilat, bahagikan adunan pd dua bahagian dan yg satu ditambah warna hijau dan kacau sebati. Tuang adunan sedikit ditengah-tengah loyang diselang-selikan dgn dua warna td, buat hingga habis kedua-dua warna, biarkan sejuk barulah dipotong.










BAHAN-BAHANNYA:

  • UNTUK NASI AYAM:
  • Beras (dibersihkan dan toskan airnya)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 cm halia(dititik)
  • 2 s/b majerin
  • Stok ayam secukupnya
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk (guna periuk rice cooker) di atas dapur, masukkan majerin, bila majerin cair masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, halia dan daun pandan, kacau hingga naik bau, masukkan pula beras, kacau seketika dan masukkan stok ayam dan sedikit garam, bila mendidih alihkan periuk dan masukkan kedalam rice cooker, tutup periuk dan biarkan nasi masak.
  • BAHAN UNTUK AYAM:
  • 1 ekor ayam(dipotong 4)
  • Halia sebesar ibu jari (dikisar)
  • 10 biji bawang putih (dikisar)
  • Lada hitam
  • kicap pekat
  • madu
  • garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Perap bahan ayam selama 20 minit dan dibakar dalam oven pada suhu 180c selama 45 minit atau hingga ayam masak.
  • BAHAN UNTUK SAMBAL: (dikisar halus)
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 s/t parutan kulit limau
  • 2 s/b jus limau
  • Sedikit air
  • Sedikit gula
  • BAHAN-BAHAN LAIN:
  • Timun (dipotong2)
  • Tomato (dipotong2)
  • Daun salad
CARA MENYEDIAKAN:

Hidangkan nasi ayam bersama ayam bakar, sup, sambal dan bahan2 lain sebagai ulaman.
Hari ni kawan aby nak nak dtg makan malam kat umah,so aku bz jg lah nak menyediakan makanan tp tak lah bnyk cz yg dtg pun bukannya ramai sngt,4 org termasuk baby comel tu!yg rambut mcm org baru lepas beranak tu anak aku,rhea, yg baby tengah merangkak tu lah anak kawan aby,nama bapak dia Win Wing tp nama mak dia aku tak sempat tanya plak! hehehe...apa lah tahu nama yg lelaki je! gatai!!!




Tah apa lah yg dibualkan budak berdua tu ek! yg satu ckp cina yg satu cakap india campur jawa, wakakaaa.....


Yg ni tak payah cakap lah interpremmm selalu,almaklom lah blog sendiri so tayang muka sendiri!!!
Tp dalam kemaruk interprem terlupa plak nak ambil gambar tetamu2 yg dtg,hai! gila kuasa btl!mentang2 blog sendiri,letak gambar dia je!!


BAHAN-BAHANNYA:

Bahan A:
  • 500 gm mentega
  • 3 s/b susu pekat manis
  • 1 s/b esen vanilla
Bahan B:
  • 250 gm gula kastor
  • 150 gm tepung (raising flour)
  • 20 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 50 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 s/b ovellate
  • Asam manis secukupnya (keping)
  • Pewarna yang disukai
CARA-CARANYA:
  • Pukul bahan A hingga kembang dan putih, ketepikan.
  • Pukul bahan B kecuali asam manis, pukul hingga kembang dan putih, masuk bahan A kedalam bahan B dan kacau sebatikan.
  • Alaskan loyang dengan kertas minyak, panaskan oven pada suhu 200c. Letakkan pewarna yang disukai pada beberapa bahagian adunan supaya kek ini berlapis-lapis dan berwarna, ambilkan 2 senduk adunan dan masukkan kedalam loyang, ratakan, susun asam manis kemudian bakar 5-7 minit bagi setiap lapisan kek, lapisan pertama guna api bawah, lapisan kedua dan seterusnya guna api grill.
  • Bila kek masak, sejukkan barulah dihidangkan atau disimpan.


BAHAN-BAHANNYA:

  • 150 gm butter
  • 175 gm gula pasir
  • 1/3 cawan air
  • 175 ml susu segar
  • 125 gm (dry mix fruit)
  • 2 s/b parutan kulit oren
  • 1/4 s/t serbuk buah pala (di ayak)
  • 1/2 s/t serbuk kayu manis (di ayak)
  • 1/4 s/t serbuk cengkih (di ayak)
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 s/t bikarbonat (di ayak)
  • 250 gm tepung gandum (di ayak)
CARA-CARANYA:
  • Masakkan gula hingga hangus dan tuangkan air, bila mendidih masukkan butter, susu segar, parutan kulit oren dan mix fruit, panaskan pada api yang sederhana hingga butter cair, angkat dan sejukkan.
  • Masukkan segala bahan yang di ayak kedalam campuran butter tadi bersama telur dan gaul rata.
  • Masukkan pada loyang yg telah di sapu dgn majerin.
  • Bakar pd suhu 160c selama 1 jam atau hingga kek masak, terpulang pada jenis oven.

1.Biskut kelapa (jalur2)

2.Biskut susu (love)

3.Candy

4.Biskut coklat kelapa berperisa oren

5.Biskut bunga

6.Biskut kenari blossom (empat segi putih)

7.Biskut putu kacang

8.Biskut coklat rice

9.Biskut melting almond (putih dlm paper cup)

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin