BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 biji keledek
  • 500g tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
CARA-CARANYA:
  • Rebus keledek hingga empuk, kopek kulitnya dan lecek-lecekkan, biar sejuk sebentar, letak sedikit garam dalam keledek tadi, masukkan pula tepung dan adun hingga menjadi doh dan tidak melekit pada tangan, jika adunan melekit, tambah sedikit tepung, tapi jangan terlalu banyak.
  • Ambil sedikit adunan dan bentukkan macam bentuk donat, buat hingga habis.
  • Panaskan minyak dan goreng kuih hingga perang, angkat dan ketepikan.
  • Masak pula air yg telah dicampur dengan gula hingga likat, masukkan kuih yang telah digoreng tadi, golek2kan kuih hingga gula melekat pada kuih yang mula nak mengeras tadi.
  • Tutup api, angkat dan bolehlah dihidang.



BAHAN-BAHANNYA:

1 ekor ayam (dibelah 4)

BAHAN PERAP - (ditumbuk)

3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 s/t serbuk jintan manis

BAHAN KUAH - (percik)

1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
10 tangkai cili kering
1 inci halia
sedikit belacan

BAHAN LAIN:

2 keping asam gelugur
4-5 batang serai (diketuk)
1 s/b tepung beras
Sedikit gula melaka
Sedikit santan kelapa
Garam, gula dan perasa

CARA-CARANYA:

Ayam dibersihkan, gaulkan dengan bahan perap dan perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
Untuk buat kuah percik ialah kisar bahan untuk buat kuah percik dan tumiskan hingga garing, masukkan santan, ayam yang telah diperap, asam keping, serai dan tepung beras.
Masak hingga mendidih dan sampai ayam masak, masukkan pula garam, gula dan perasa, masak hingga kuah pekat dan angkat ayam sahaja asingkan ayam daripada kuah.
Bakar ayam seketika dan baki kuah tadi bolehlah di tuang keatas ayam yang telah dibakar tadi. Angkat dan bolehlah dihidang.

BAHAN-BAHANNYA:

Beberapa ketul kepak ayam
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 s/b tepung jagung
1 s/t serbuk jintan manis
1 s/t cajun seasoning
sedikit lada sulah
sedikit garam

CARA-CARANYA:

Bersihkan ayam dan toskan airnya, gaul kepak ayam dgn lada sulah, cajun seasoning dan sedikit garam.
perapkan seketika, pecahkan telur, pukul sedikit, sementara itu di mangkuk yang lain, campurkan tepung gandum bersama tepung jagung dan serbuk jintan manis, gaul sebatikan.
Panaskan minyak, celup ayam didalam telur dan celupkan pula pada tepung biar sampai ayam betul2 melekat pada tepung dan goreng dengan api yang sederhana, goreng hingga garing dan bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.
Jika mahu rasa pedas, bolehlah campur bahan dengan sedikit serbuk cili atau serbuk kunyit.



BAHAN-BAHAN UNTUK NASI:

Beras
Santan kelapa
Daun pandan(disimpul)
1 cm halia(diketuk)
1 batang serai(diketuk)
Sedikit alba
Sedikit garam

BAHAN-BAHAN SAMBAL:
(Dikisar)

lada kering
8 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa

BAHAN-BAHAN LAIN:

1 biji bawang besar(dihiris)
Ikan bilis(direndam dengan air,toskan)
Ikan bilis (digoreng)
Telur dadar
Timun (dipotong bulat)

CARA-CARANYA:

Untuk masak nasi, bersihkan beras, campurkan semua bahan untuk masak nasi lemak dan masak dalam rice cooker.
Untuk sambal, Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar kecuali air asam jawa, tumis hingga garing, masukkan pula bawang besar yang telah dihiris dan ikan bilis yang telah direndam kedalam sambal, gaul sebati, masukkan air asam jawa, kacau hingga garing, akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.
Bila nasi masak bolehlah di hidang bersama sambal, ikan bilis, telur dadar dan timun.

Ni anak dara aku yg kecik,pagi2 tah hangin apa keje nak joget hip hop je,asal pakaikan topi mcm ni dia buat tngn mcm hip hop plak,hampehh btl anak joshua ni......
CARA-CARANYA:
  • Sediakan doh untuk pizza, buat seperti gambar di atas, cucuk2 adunan dengan garfu dan bakar pada 180c selama 10 minit.
  • (Resepi doh ada didalam ''dapur anak mak'' bahagian western food)
  • Bila tepung separuh masak, keluarkan daripada oven dan sapukan permukaan adunan dengan sos tomato dan taburkan sedikit cheese yg telah diparut, guna mozarella cheese.
  • Kemudian bolehlah diletak segala bahan yang disukai termasuk tiga jenis capsicum untuk warna yang menarik, sedikit hirisan nenas dan tomato yang telah dipotong kecil2.
  • Tabur pula potongan salami ayam atau daging, boleh juga diletak daging burger yang telah dicincang.
  • Taburkan mozarella cheese dibahagian atas sebagai topping pizza dan bolehlah dibakar dalam oven pada suhu 180c selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Roti panjang atau bun bulat
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang besar (diracik halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Mayonis
  • Cili sos
  • Hirisan tomato
  • Hirisan timun
  • Daun salad (dipotong-potong)
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Roti dibelah dua, di mangkuk yang lain pecahkan telur, masukkan bawang besar, lada sulah dan sedikit garam,pukul sedikit sebatikan, panaskan minyak dikuali yang leper, tuang sedikit bancuhan telur dan tutup permukaan telur dengan roti, bila telur melekat pada roti dan telur masak, bolehlah di angkat.
  • Susun tomato, timun dan daun salad pada roti yang telah dimasak tadi ,tuangkan sos cili dan mayonis, sedia untuk dihidang.






BAHAN-BAHANNYA:

Kulit popia secukupnya

UNTUK INTI:

Daging cincang secukupnya

2 biji kentang (potong dadu kecil2)

1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil2)

2 biji bawang putih (ditumbuk)

1 cm halia (ditumbuk)

Telur secukupnya

2 s/t serbuk jintan

2 s/t serbuk jintan manis

2 s/b rempah kurma

garam dan serbuk perasa

CARA-CARANYA:

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan pula bawang besar, gaul sebati, masukkan pula daging cincang dan kentang, serbuk jintan, jintan manis, rempah kurma, gaul rata, kemudian masuk garam dan serbuk perasa, masak hingga daging dan kentang masak dan bolehlah tutup api.

Di bekas lain, pukul telur dan masukkan kedalam inti yang telah dimasak tadi, gaul rata, letak inti di kulit popia dan lipat empat segi tepat, lekatkan baki kulit popia dengan telur.

Panaskan sedikit minyak dikuali leper non stick, guna api sederhana,masak hingga keperangan, angkat dan toskan, bolehlah dihidang dengan kari atau jeruk bawang.

Hiris nipis 1 biji bawang besar, kemudian rendamkan dengan sedikit cuka dan pewarna merah (optional).

Dah ada blog ni asal tak blh tido blh jg bukak2 blog n tulis apa yg nak di merapukan!
Tah nape tak blh nak tido,aby blk drp dinner td dlm keadaan kesejukkan,ye lah kat denmark ni mmg tengah sejuk cuacanya kat luar tu!
Aby dah ngadu macam nak demam,lepas dia salin baju dia terus tertidur,tp dia bangun balik utk mkn ubat cz dah tak tahan bdn rasa mcm dah kena demam.
Lepas dia mkn ubat,dia tengok tv,ni pulak dia yg temankan aku,ye lah aku tak blh nak tido!
dah lah sejuk!!!
Tp pada sejuk2 ni aku mmg tggu snow turun,aku mmg suka tengok snow,mmg cantik sangat!nak2 masa snow turun terbang melayang-layang bnyk n lebat,perrhhhh lawooooo.......
Tp yg tak sukanya masa snow tu mmg lah sejuk gegila!!!
Sengal tulang dibuatnya.


BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN UNTUK SOS:
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 1 s/t lada hitam (dikisar)
  • 2 s/b sos tomato
  • 2 s/b sos cili
  • 2 s/b sos tiram
  • 2 s/t sos worcestershire (lea & perrin)
  • 2 s/t tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
BAHAN-BAHAN LAIN:
  • 2 keping daging steak
  • 2 biji kentang (dipotong-potong)
  • Brokoli
  • Carrot
  • Kobis bunga
  • Tomato (dipotong bulat utk hiasan)
  • Daun salad (untuk hiasan)
CARA-CARANYA:
  • Perap daging dengan sedikit garam, lada hitam dan kicap cair selama 2 jam, kemudian bolehlah di bakar atau dipanggang sehingga masak. Untuk sosnya, panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih yg telah dicincang hingga naik bau, masuk pula lada hitam, sos tomato, sos cili dan sos tiram dan sos worcestershire (lea & perrins) kemudian masuk pula sedikit bancuhan air tepung jagung, masak hingga pekat, masuk sedikit garam dan gula, gaul sebati dan angkat. Di kuali lain, goreng kentang hingga garing, angkat dan tabur sedikit garam. Di periuk lain, rebus segala sayuran kecuali tomato dan daun salad bersama dengan sedikit garam, rebus hingga sayur masak, angkat dan toskan. Ambil pinggan besar, letakkan daging yg telah dibakar td kedalam pinggan, tuang sos keatas daging, letakkan pula kentang yang telah digoreng dan sayur-sayuran, hiaskan dgn tomato dan daun salad, bolehlah dihidang.


BAHAN-BAHANNYA:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • Sedikit lada hitam (dikisar kasar)
  • Sedikit daging/isi ayam
  • Udang basah (kecil)
  • Sotong
  • Carrot
  • Kobis
  • Tomato
  • 1 ketul kiub ayam (bancuh dengan air untuk buat stok ayam) atau guna air rebusan daging.

CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan daging yang telah direbus, udang dan isi ayam, biar hingga daging masak, masukkan pula stok ayam atau air rebusan daging, bila menggelegak, masuk pula mee hoon yg telah direndam terlebih dahulu, kemudian masukkan pula sayur-sayuran seperti carrot, kobis yg telah dipotong-potong, bila sayur hampir masak, masukkan pula garam dan perasa, akhir sekali masukkan tomato, gaul rata, dan bolehlah tutup api.
  • Sedia di hidang, sedap dimakan dengan lada jeruk.





Bahan-bahannya:

250 gm Cream Cheese
200 cc/ml Fresh Cream/Plain Yoghurt
2 s/b Jus Lemon
3 s/b Tepung Gandum
2 biji Telur
90 gm Gula Pasir

Cara-caranya:

Panaskan oven pada suhu 170c.
Sapukan loyang dengan butter atau alas dengan kertas minyak.
Masuk kesemua bahan ke dalam mixer dan mix sampai jadi cream, masukkan bahan mix ke dalam loyang dan bakar selama 40 - 45 minit.
Setelah hampir masak dalam 30 minit, keluarkan loyang dan tutup permukaan loyang dengan alumunium foil untuk mengelakkan daripada permukaan cake hangus.
Apabila sudah masak, sejukkan dan masukkan ke dalam fridge semalaman sebelum dihidang.




BAHAN-BAHANYA:

4 biji telur
Mayonis
Lada sulah
Majerin
Sedikit garam

CARA-CARANYA:

Rebus telur hingga masak,kopek kulit telur dan hancur2 kan telur, masukkan mayonis, lada sulah dan sedikit garam, gaul sebati.
Sapu roti dgn majerin, letakkan inti telur yg telah siap tadi pada roti dan bolehlah dipotong-potong dan dihidangkan.
assalamualaikum..... pembuka bicara...
selamat datang to those yang menyinggah kat blog aku ni...
today is the official date, kewujudan blog ni....
sejarah tercipta.... 28 November 2008....
anyway, welcome and do come again...




Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin